Friday, December 31, 2010

Pondok kosong



Semakin hari semakin banyak komplen yg diterima tentang salah laku security guard kita. Ini adalah satu situasi yang amat tidak menyenangkan seluruh penduduk Sri Ixora. Hasil dari pantauan pihak JMB ,terbukti memang security guard "tidur dalam jaga"


Pengawasan malam hari berjaya merakamkan security guard membiarkan palang entrance terbuka. Lantas, sesiapa sahaja bebas masuk tanpa ada pemantauan. Pada petang krismas pula, palang dibiarkan terbuka dan tiada seorang pun security di dalam pondok pengawal. Ish..ish..ish.. rasanya tak de pulak kita appoint halimunan jadi guard kita. Aktiviti ini juga berjaya dirakamkan.


Dengan itu, saya di sini mengarahkan NZ Management untuk melakukan pemantauan yang lebih lagi. Pihak JMB tidak mahu mendengar apa-apa aduan lagi selepas ini.


NZ juga mesti merekodkan kedatangan setiap scurity bertugas setiap syif, begitu juga dgn cleaner. Pihak JMB akan melakukan pantauan dari masa ke semasa.



Gambar: Guard house dibiarkan kosong dan palang dibiarkan terbuka, sementara seorang guard berborak di luar. Seorang lagi ?????







Monday, December 13, 2010

Security oh security

Semenjak beberapa hari ini saya ada perhatikan gelagat security kita semasa melaluinya atau pantau dari jauh. Pada mulanya saya menerima aduan dari penduduk dan ahli JMB sendiri yang menyatakan security telah ditukar orang, tapi duduk pondok pengawal dan lepaskan semua kereta yang nak masuk ke dalam Sri Ixora.
Perkara ini memang benar berlaku setelah saya perhatikan sendiri dari jauh dan juga semasa melaluinya.
Mereka sepatutnya bertanya kepada pengunjung yg hendak masuk dan mendaftarkan diri dan kenderaan mereka sebelum masuk.
Untuk motosial security hanya buka untuk motor yg ada stiker sahaja. Yg tak ada sticker hendaklah di tahan dan mendaftarkan diri dan motor mereka sebelum masuk.
Mlm tadi lebih kurang pukul 10, sekumpulan budak-budak muda menunggang motor di kawasan taman. Sekirana berlaku kemalangan dan didapati motor mereka tiada sticker serta tidak berdaftar di pondok pengawal, siapa akan dipersalahkan???? JMB??? atau security???
Sepanjang bulan Nov ini saya hanya lihat security 2 siang dan 2 malam sahaja. Sesiapa yg perasan sila beri comment.

**Mungkin satu masa nanti saya akan merakamkan dgn video camera supaya lebih jelas kot...

Sunday, December 5, 2010

Isu semasa

Salam kepada semua warga Si Ixora.

Semenjak kebelakangan ini, kutipan wang penyengaraan Sri Ixora berada dalam keadaan kritikal. Tidak samai 50% untuk kutipan semasa. Kebanyakan lampu taman serta peralatan permainan taman telah ada yang rosak, tetapi tidak dapat digantikan kerana masalah kewangaan.

Justru itu pihak AJK JMB menyeru kepada semua warga Sri Ixora (sama ada yang tinggal disini atau menyewakan kediaman mereka) untuk tampil menjelaskan wang penyengaraan anda.

Pihak pegurusan telah menyenaraikan notis kedua (senarai nama) yang akan menerima surat dari peguam. Sekiranya anda mempunyai masala kewangaan, sila behubung dengan pihak pengurusan atau wakil AJK JMB untuk berbincang cara pembayaran yang termampu dari pihak anda, tetapi caj semasa hendaklah dijelaskan setiap bulan. Sebagai contoh sekiranya anda mampu membayar RM150 sebulan, ini bermakna setelah ditolak caj semasa (RM85 + RM8.50 = RM93.50) jumlah asuran bulanan anda ialah sebanyak RM56.50.

Pihak JMB sedang meneliti dan mengemaskini undang-undang dalaman (hose rule) bersama peguam dan akan dibincangkan dgn penduduk apabila telah sedia. Ini termasuk tindakan yg akan diambil terhadap individu/rumah yang gagal membayar wang penyengaraan.

Monday, October 18, 2010

Masalah anai-anai

Banyak aduan telah diterima mengenai masalah anai-anai yang semakin serius menyerang Sri Ixora. Bukan hanya di luar rumah tetapi juga di dalam rumah tidak terkecuali surau. Ini telah menimbulkan kebimbangan ramai dan langkah pencegahan harus diambil secepat yang mungkin bagi mengelakkan serangan yang lebih serius.
Kami memandang serius masalah ini dan mahu termite pest control dijalankan dengan segera. Yang menjadi halangan sekarang ni adalah dana yang tidak mencukupi bagi menampung kos memandangkan ramai yang tidak membayar maintenance fees. Kami telah melakukan survey dan harga anggaran bagi termite control (semburan) setelah dibahagikan kepada semua unit ialah RM80 bagi setiap unit rumah setiap tahun. Termite contol jenis ni tidak tejamin keberkesanannya. Termite control yang lebih baik adalah jenis yang ditanam dalam tanah dan kos bagi jenis ni dianggarkan RM200 bagi setiap 3 tahun.
Sejujurnya, Kami tidak dapat menjalankan termite control jika paten pembayaran kekal seperti sekarang. Oleh itu saya mencadangkan agar kos ini dicaj ke setiap rumah memandangkan setiap rumah berisiko diserang termasuk anda yang tinggal di tingkat tinggi. Kami juga mengalu-alukan cadangan anda termasuk jika anda ada sebutharga yang lebih baik dan sudi-sudikanlah mengundi di ruangan yang disediakan.

Saturday, October 16, 2010

Minit masyuarat

Untuk download minit masyuarat terbaru sila klik di sini.
Login: sriixora
Passwad: ixorajmb

Saturday, October 9, 2010

Laman web baru untuk penduduk Sri Ixora berforum

Laman web ini di wujudkan adalah untuk semua penduduk Sri Ixora berforum atau menyampaikan maklumat sesama kita.
Anda juga boleh menulis pendapat atau sebarang prtanyaan di sini.

Sila klick disini untuk ke laman web forum yang baru.

Sambutan dan Jamuan hari raya anjuran surau Al_Ryan Sri iora

Tahniah kepada AJK Surau Al-Ryan Sri Ixora kerana berjaya menganjurkan sambutan & jamuan hari raya untuk tahun 2010.

Terima kasih juga kepada NZ Management kerana sudi menyumbang sate untuk jamuan tersebut.

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari aya Aidilfitri, Maaf Zahir &Batin

Sempena menjelang musim cuti perayaan yang bakal tiba ini, kami, AJK JMB Sri Ixora ingin mengingatkan kepada semua peduduk untuk lebih berhati-hati ketika meninggalkan rumah. Sila pastikan semua peralatan eletrik dipadamkan (Switch Off) dan gas memasak di tutup dengan sempurna. Juga sila pastikan tingkap dan pintu serta grill rumah dikunci dengan sempurna. Ini adalah bertujuan untuk mngelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di empat kita.

Kami juga telah mengarahkan pihak pengawal keselamatan untuk memperketatkan kawalan kenderaan keluar masuk di musim perayaan dan menambahkan kekerapan mengadakan rondaan. Satu surat permohonan rasmi kepada pihak polis juga telah diserahkan kepada ketua balai di Balai Polis Alam Megah untuk membantu pengawal keselamatan membuat rondaan di sekitar dan di dalam permis Pangsapuri Sri Ixora.

Kepada penduduk yang meninggalkan kenderaan mereka semasa pulang bercuti, anda boleh memberikan maklumat kenderaan anda di pondok pengawal. Ini untuk mengelakkan sebarang kes pecah kenderaan atau kecurian berlaku semasa musim cuti perayaan di mana pengawal keselamatan boleh memantau kenderaa keluar masuk serta kenderaan yang diletakkan di empat letak kereta. Juga diingatkan supaya tidak meletakkan motosikal anda diperkarangan korido rumah anda. Sila letakkan di tempat letak mtosikal yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan sebrang kecelakaan atau kecemasan di mana motosikal ini akan menggangu kerja kecemasan.

Akhir kata, kami, AJK JMB Sri Ixora ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan atau tidak kpuasan hati samasa kami menjalankan tugas kami.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Kepada yang bukan islam SELAMAT BERCUTI.

Berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang.
Klick disini untuk ke laman jkjr.gov

Tuesday, July 20, 2010

Ganguan bising di tengah malam

Pihak JMB memohon maaf kepada penghuni-penghuni yang terganggu akibat bunyi bising di tengah malam Sabtu terutama yang ada anak kecil tempoh hari akibat dari kenderaan berat menuang simen untuk membuat parking motosikal di Blok 49.



Pihak JMB hanya dimaklumkan bahawa lori simen akan masuk untuk menuang simen pada hari Sabtu petang tetapi malangmya perkara ini dilakukanpada tengah malam (awal pagi).



Perkara yang telah berlaku saya tak boleh berbuat apa-apa, tetapi untuk masa yang akan datang saya telah memaklumkan pada NZ Management dan Security sekiranya terdapat kenderaan berat ingin memasuki kawasan kita di tengah malam walaupun dengan ditemani penghuni Sri Ixora TIDAK DINENARKAN masuk kecuali mendapat kebenaran bertulis dari JMB dan pihak pengurusan Sri Ixora.

Wednesday, June 9, 2010

Perjumpaan penduduk & kedai mamak b47

Terima kasih kepada yang memberi respon pada kisah kedai mamak di blok 47. Rata-rata memang ramai yang tak setuju. Setakat yang saya jumpa, tak de sorang pun yang bersetuju. Oleh itu, satu perjumpaan diantara penduduk dan pemilik kedai @ simamak akan saya aturkan pada hari Sabtu, 12 Jun 2010, waktu selepas isyak, bertempat di dewan.
Saya menjemput dan mengalu-alukan semua penduduk terutamanya pemilik untuk hadir ke majlis perjumpaan itu agar dapat kita clarify apa yang tak clear selama ini. Juga, agar kita dapat bertanya sendiri kepada simamak siapa yang dia katakan bersetuju dengan idea kedai makan dia tu. Kehadiran anda semua amatlah diharap-harapkan. Janganlah kita membantah dibelakang sahaja, tapi tunjukkanlah semangat setiakawan anda yang tidak berbelah bagi dan berilah sokongan yang jitu pada penduduk blok 47 terutamanya rumah-rumah yang berjiran dengan kedai mamak ni. Kesian dia orang ni.
NZ, sila naikkan notis untuk inform pada semua penduduk & juga beritahu semua penduduk yang datang berurusan di pejabat pentadbiran agar hadir secara lisan. Pastikan notis anda dapat difahami oleh semua dan pastikan juga mamak akan hadir pada perjumpaan tu. Kalau mamak tak datang, saya risau kedai mamak kena serang malam tu.
Semua ketua blok dan JMB member diminta hadir. No excuse. Kalau ada yang nak bawak sepanduk, pun boleh.. pun boleh...
Sekian, kita jumpa di dewan sabtu ini.

Friday, June 4, 2010

Kedai makan Mamak

Berita mengenai kedai makan ala mamak yang akan dibuka di blok 47 telah tersebar luas. Saya pasti ramai telah maklum mengenainya. Berita ini mendapat maklumbalas dan reaksi yang berbeza dari setiap warga Sri Ixora. Setiap orang ada pendapatnya tersendiri. Tidak ada yang betul dan salah dari setiap pendapat yang saya terima kerana setiap satunya ada rasionalnya.

Saya cuba bersikap rasional dan adil dalam hal ini. Memang ada 'pro and con' dalam isu ini. Pronya, mudahlah kita nak dapatkan makanan bila perut mula berkeroncong tapi malas pula nak kedapur. Secara tak langsung kemudahan ini amat memberi makna kepada si bujang dan anak dara juga mereka yang bekerja. Tak terkecuali pelajar-pelajar yang ramai menghuni Sri Ixora ni.

Namun, pendapat yang membantah juga tak harus dipandang sebelah mata. Lihat saja sebuah flet di Subang Jaya, berdekatan dengan Kompleks 3K dan A&W. Sebuah kedai makan di tingkat bawah sebuah rumah yang mencacatkan pandangan. Mahukah kita jadi seperti itu? Saya rasa, idea kedai makan dipilih kerana kawasan kaki lima dan bersebelahan dengan lif ada banyak ruang kosong untuk diletakkan kerusi & meja makan. Cuba kita fikirkan sejenak. Mampukah keluasan dalaman kedai makan yang sekangkang kera itu memuatkan kerusi meja untuk penghuni Sri Ixora yang ramai ni. Lambat laun pasti ada kerusi meja diletakkan di luar premis kedai. Adakah ini adil untuk penghuni yang lain?
Oleh itu pihak JMB bercadang akan mengadakan perjumpaan diantara penduduk terutama Blok 47 yang tinggal bersebelahan/berhampiran dgn pemilik kedai mamak. Diharap dalam sesi perjumpaan ini semua pihak dapat meluahkan isi hati masing-masing dgn menberikan cadangan kepada si mamak tu apakah jenis perniagaan yg sesuai. Cadangan dan bantuan dari semua penduduk amat dialukan untuk membantu penghuni yg menghuni bersebelahan kedai mamak ini. Sila berikan/cadangkan masa dan tarikh yg sesuai utk perjumpaan ini. Jangan ada yg memberikan seribu alasan utk tidak hadir dlm sesi perbincangan ini dan kemudian cakap belakang. Jika setuasi ini berlaku, si mamak lah yg menang, sebab kedai dia suka dia nak buat apa. Apa yg kita cari adalah menang-menang setuasi.
Cuba anda bayangkan kedai mamak ini beroperasi seperti di Subang spt yg saya perkatakan diatas tadi, adakan anda sanggup tinggal berjiran dgnnya. Si mamak juga patut menimbangkan sensitivity penduduk/jiran mereka, ini adalah kerana setiap agama menitik beratkan untuk menjaga hati dan kepentingan jiran. Kenapa saya kata begini adalah kerana pihak NZ telah mengarahkan memberhentikan operasi pengubahsuaian sehingga perbincangan dgn penduduk dan jiran dijalankan tapi anda lihatlah sendiri, mereka tidak mengindahkan arahan ini dan tidak menjaga isu-isu sensitive jiran dan penduduk lain.
Takkan kita nak tinggal di kawasan yang sentiasa bising setelah seharian kita berkerja di luar. nak tutup pintu? Macam tinggal dlm gua la pulak. Nak jual rumah? Takkan nak jual setelah bertungkuslumus untuk mendapatkan harta yg mahal. Ini tak adil utk mereka.
Cuba kita lihat kedai runcit di blok 45. Penduduk tak kisah untuk berniaga kedai runcit sebab pelanggan datang dan pergi, tetapi bagaimana tahap kebersihannnya? Sampah sarap kerap dilonggokkan di belakang kedai kemudian dgn sewenang-wenangnya suruk cleaner bersihkan. Jiran-jiran dah mula merungut pasal masalah ini. Adakan dia bayar mantainance lebih? Tidak, sama seperti kita juga. Yg ini saya berharap NZ Managenent memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan terhadap barang perniagaan yg diletakkan di luar permis. Sebagai asas hanya rak kasut dan penyidai kain sahaja yg dibenarkan. Sekiranya berkeras untuk meletakkan di luar, sewa dikenakan untuk setiap kaki persegi yg digunakan kerana di luar permis adalah harta bersama, bukan individu.
Berbalik ke kedai mamak, bagaimana dgn sampah-sarap? Saya percaya sampah dari kedai makan lebih banyak dgn bau yg tidak menyenangkan ditambah lagi dgn bau kari dan sebagainya. Apa perasaan jiran-jiran. Takkan nak tutup hidung sepanjang masa...
Saya berharap perjumpaan ini dapat dijalankan demi kepentingan semua pihak. dan sila berikan maklum balas anda serta berikan tarikh dan masa yg sesuai untuk perjumpaan ini.

Nilai semasa rumah Sri Ixora

Baru-baru ini saya mendapat info dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan yang nilai semasa rumah di Sri Ixora meningkat dengan jayanya. Good news untuk owner tapi bad news la untuk orang yang bercadang nak beli rumah. Seorang penduduk menilai semula rumah di tingkat 8 atas tujuan refinance dan nilai semasa adalah RM170,000. Saya percaya ramai yang gembira dengan cerita ni. Tapi sebenarnya ada perkara yang perlu kita ambil perhatian dari kenaikan harga ini terutamanya bagaimana untuk mengekalkannya secara berterusan. Jangan sampai hari ni naik melambung, esok lusa turun menjunam pulak.

Pada saya, persekitaran yang baik memainkan peranan dalam membantu kenaikan harga ini. Jesteru itu, saya menyeru kepada semua pemilik dan penduduk Sri Ixora agar terus mengekalkan dan meningkatkan lagi kualiti persekitaran kita. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah dengan meningkatkan lagi tahap kebersihan tempat kita. Sampah sarap janganlah dibuang merata-rata. Memanglah kita ada cleaner tapi takkan nak harapkan cleaner je. Macam rumah kita juga, takkan nak harapkan isteri je bersihkan rumah. Lepas tu suami dan anak-anak buat sepah semula. Contoh je.. Contoh lain, takkan kerana gagak melepaskan hajatnya atas kereta kita, kita nak tebang semua pokok-pokok tempat gagak bertenggek. Sama-samalah kita ambil langkah berjaga-jaga agar tidak mengundang gagak. Antaranya, buang sampah dapur di rumah sampah, bukan diletakkan di dalam & sekeliling tong-tong sampah kecil.

Kerosakan yang berlaku di common area, laporkan dengan segera kepada pihak pengurusan. NZ Management, sila ambil tindakan dengan SEGERA. Jangan tunggu sehingga JMB masuk campur baru nak bertindak. Saya amat dukacita dengan kegagalan NZ menguruskan masalah longkang sumbat dan pam air baru-baru ni. Saya harap ianya tidak berulang. Setiap aduan harus ada tinjauan dan tindakan. Setiap tindakan pula harus ada tindakan susulan. Kesemuanya pula harus di dokumenkan. Barulah 'work smart' namanya. Kepada penduduk yang telah membuat laporan tetapi tiada tindakbalas dari NZ, bolehlah salurkan masalah kepada mana-mana JMB untuk follow up.

Bagi memastikan penyelengaraan dapat dibuat dengan baik pula, segala perkhidmatan ada nilainya harganya. sebagai contoh, kenaikan harga yang saya katakan tadi pasti tak dapat dikekalkan jika lif tidak berfungsi & kita terpaksa mendaki tangga. Untuk memastikan lif sentiasa berfungsi pula perlulah kita melaksanakan tanggungjawab kita membayar yuran penyelengaraan setiap bulan. Tak gitu?? Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan lain yang tersedia di Sri Ixora ni. Kita juga tak nak Sri Ixora nampak malap pada waktu malam. Oleh itu, mentol & lampu-lampu juga harus diselengara dengan baik.

Kemudahan yang ada juga haruslah kita jaga dengan baik. Buangkan sifat vandalisma. Kemudahan alat permainan di taman adalah untuk kanak- kanak sahaja. Janganlah yang dewasa pun kemaruk nak berbuai lagi. Itu yang buaian rosak.

Kebanjiran pendatang asing juga merupakan satu fenomena yang agak tidak disenangi oleh penduduk Sri Ixora. Terdapat banyak kes sosial yang telah tercetus oleh pendatang asing antaranya pergaduhan, mabuk minum arak, mengacau gadis-gadis muda, pencabulan (meraba di dalam lif) dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Ada diantara pendatang ini yang memegang status pendatang HARAM. Sedikit sebanyak ini menjejaskan ketenteraman dan saya percaya ianya memainkan peranan juga dalam turun naik harga rumah (betulkan saya kalau pendapat saya salah). Oleh itu, saya menyeru pemilik agar memastikan status penyewa sebelum menyewakan rumah. Pastikan status halal haramnya terlebih dahulu dan adalah terlebih baik kalau disewakan kepada warganegara Malaysia kita.

Sekian untuk kali ini. Sama-samalah kita sebarkan berita gembira ni & ambil langkah-langkah agar berita gembira ni tak bertukar menjadi mimpi ngeri pulak.

Tuesday, May 4, 2010

Menyerahkan laporan kepada JMB

Salam kepada NZ Management.

Saya ingin follow-up latest update from NZ.
1) latest account statement.
1.1) Akaun untuk bulan March
1.2) Akaun untuk bulan April.
* Akaun mesti merangkumi duit masuk dan duit keluar, semua PO/invoice yg akan bayar dan yg telah bayar.

2) Laporan penyelangaraan untuk bulan March dan April. Semua senarai kerja-kerja yg telah dilakukan dan yg akan dilakukan. (sertakan 3 quotation utk kerja yg akan dilakukan).

3) Untuk kerja-kerja mengecat no kereta di lot parking, adakan NZ follow-up dgn mat Bangla. Saya perhatikan mat bangla tu sibuk dgn kerja lain. Saya ingin NZ uruskan perkara ini secepat mungkin.

4) Masalah longkang sumbat di blok 47 masih tak ada tindakan. Malah quotation utk kerja selengara pun masih tak nampak lagi. Mana janji-janji NZ untuk menyelesaikan masalah dlm masa 21 hari. sekurang-kurangnya sehingga issue quotation.

5) Kerja-kerja pencucian kawasan sekitar masih kurang memuaskan. Koridor setiap tingkat mangambil masa yg lama untuk di cuci/sapu. Tolong follow up perkara ini dan pastikan setiap tukang cuci tahu job scope masing-masing.

6) Sila berikan laporan sebelum atau pada hari Khamis 6/5/2010. Kegagalan menguruskan tempat ini boleh mengakibatkan penduduk tidak membayar duit penyelengaraan.

7) Sila pastikan pengawal keselamatan mengikut setiap procedur yg telah ditetapkan oleh JMB. Saya lihat pengawal keselamatan melepaskan kenderaan masuk sewenang-wenangnya ke dalam Sri Ixora. Palang keluar hanya di buka sehingga jam 8 pagi sahaja, tetapi saya dapati palang masih dibuka sehingga jam 9 pagi. Apa dah jadi.......

Thursday, April 29, 2010

House rule / Undang-undang dalaman

Kami dari JMB ingin menambah baik undang-undang dalaman ( House rule )yg sedia ada. Sekiranya pemilik mempunyai cadangan untuk upgrade house rule sila berikan cadangan anda.

Monday, March 8, 2010

Pengurusan baru di Sri Ixora



Bermula pada 8 Mar 2010, Pejabat pengurusan Sri Ixora akan di urusankan oleh pengurusan baru iaitu NZ Management & Services.
Kepada semua penduduk sila berikan kerjasama kepada Pengurusan baru supaya perjalanan pengurusan Pangsapuri Sri Ixora dapat di uruskan dengan teratur dan baik.
















Sekitar majlis penyerahan tugas.

Saturday, February 13, 2010

Perhatian

Kepada semua penghuni P. Sri Ixora, pihak pengurusan dan JMB ingin mengingatkan supaya semua penghuni mangambil langkah yang lebih serius berkaitan dengan ciri-ciri keselamatan di kawakan kediaman kita, terutama ketika memandu atau menunggang kenderaan.

Sebagai contoh, telah terdapat beberapa kemalangan kecil dan ada yang melibatkan kerosakan kenderaan yang agak besar. Setakat ini belum ada kecederaan yang serius berlaku.

Perkara terbaru terjadi pada hari ini Sabtu sebuah kenderaan di pandu secara melulu dan terburu-buru telah hampir mendatangkan kemalangan. Beliau telah memotong dgn terburu-buru tanpa memikirkan akibat terhadap penduduk / pengguna lain.

Untuk makluman semua, sekiranya berlaku kemalangan kenderaan di dalam kawasan persendirian spt kediaman kita, pihak insuran motor tidak melindunginya.

Diharap semua penduduk dapat bersama-sama menjaga keselamatan dan keselesaan bersama.
Sekiranya terdapat penghuni atau pelawat yang memandu / menunggang secara berbahaya pihak pengurusan dan JMB akan menghalang mereka dari memasuki kawasan P. Sri Ixora dan jika penghuni, akses kad akan dihalang.

Wednesday, February 10, 2010

Sticker Motor

Kepada semua penduduk, sticker motor sudah sedia untuk diambil bermula 17 Februari 2010. Harap maklum. harga seperti memo yang lepas

Friday, January 29, 2010

Memorandum


Rujukan kami: BPBPSI-memo-100118-01
Kepada: Semua Penghuni Pangsapuri Seri Ixora
S/k : Pejabat pengurusan Sri Ixora
S/k : Security

Setelah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat di antara JMB & penduduk pada 10 Jan 2010, bermula Pertengahan Februari 2010 pihak pengurusan Sri Ixora akan mengetatkan penguatkuasaan larangan masuk bagi semua kenderaan bermotor ke kawasan Pangsapuri Sri Ixora. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan anda adalah diminta untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1)
Memastikan bahawa anda mempunyai access card & sticker. Setiap unit rumah dibekalkan dengan 1 access card & sticker. Sila berurusan dengan pejabat pengurusan sekiranya anda tidak mempunyai access card & sticker.
Anda adalah diwajibkan untuk menggunakan Acess Card untuk urusan keluar masuk kawasan premis.
Untuk kad yang rosak atau hilang, penghuni dikehendaki melaporkan ke pejabat pengurusan dan kad baru akan diberikan atau pas sementara jika kad tiada stok. Caj akan dikenakan untuk kad yang rosak atau hilang. Bagi setiap kad yang rosak di caj RM10 dan RM50 bagi kad yang hilang . Kehilangan kad bagi kali kedua dan seterusnya pula anda akan dikenakan caj sebanyak RM100.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kenderaan anda tidak dibenarkan masuk.

2)
Mendaftarkan semua kenderaan bermotor anda di Pejabat pengurusan dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak pengurusan akan mengecat no kenderaan anda di petak parking milik anda. Sila buat pendaftaran dengan kadar segera.

3)
Larangan masuk akan turut dikenakan terhadap motorsikal yang tidak didaftarkan serta tidak mempunyai sticker. Setiap unit rumah yang mendaftarkan motorsikal milik mereka akan dibekalkan dengan 1 sticker percuma. Setiap tambahan sticker bagi setiap tambahan motorsikal akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 dan dihadkan kepada 2 sticker sahaja.

4)
Semua pelawat termasuk kontraktor dikehendaki melapor diri di pondok pengawal dengan menyatakan no rumah yang ingin dituju, no kad pengenalan/passport dan no kenderaan pelawat. Pas pelawat akan diberikan dan hendaklah dipamerkan di dashboard kenderaan anda sepanjang masa berada di kawasan premis. Kenderaan hendaklah diletakkan di petak pelawat yang telah disediakan.

Kerjasama anda bagi memastikan kediaman anda menjadi kediaman yang selesa & memuaskan adalah amat dihargai. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Pejabat Pengurusan atau AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Yang menjalankan tugas,
Pengerusi
BPBPSI

Gotong royong membuat pagar ke sekolah

Pada 17 January 2010 Pihak JMB bersama beberapa orang penduduk telah mengadakan gotong royong membina pagar untuk laluan khas bagi anak-anak penduduk Sri Ixora ke sekolah. Pagar akan dibuka pada hari bersekolah sahaja. Cuti hujung minggu dan cuti semester pagar akan sentiasa ditutup.