Friday, June 4, 2010

Kedai makan Mamak

Berita mengenai kedai makan ala mamak yang akan dibuka di blok 47 telah tersebar luas. Saya pasti ramai telah maklum mengenainya. Berita ini mendapat maklumbalas dan reaksi yang berbeza dari setiap warga Sri Ixora. Setiap orang ada pendapatnya tersendiri. Tidak ada yang betul dan salah dari setiap pendapat yang saya terima kerana setiap satunya ada rasionalnya.

Saya cuba bersikap rasional dan adil dalam hal ini. Memang ada 'pro and con' dalam isu ini. Pronya, mudahlah kita nak dapatkan makanan bila perut mula berkeroncong tapi malas pula nak kedapur. Secara tak langsung kemudahan ini amat memberi makna kepada si bujang dan anak dara juga mereka yang bekerja. Tak terkecuali pelajar-pelajar yang ramai menghuni Sri Ixora ni.

Namun, pendapat yang membantah juga tak harus dipandang sebelah mata. Lihat saja sebuah flet di Subang Jaya, berdekatan dengan Kompleks 3K dan A&W. Sebuah kedai makan di tingkat bawah sebuah rumah yang mencacatkan pandangan. Mahukah kita jadi seperti itu? Saya rasa, idea kedai makan dipilih kerana kawasan kaki lima dan bersebelahan dengan lif ada banyak ruang kosong untuk diletakkan kerusi & meja makan. Cuba kita fikirkan sejenak. Mampukah keluasan dalaman kedai makan yang sekangkang kera itu memuatkan kerusi meja untuk penghuni Sri Ixora yang ramai ni. Lambat laun pasti ada kerusi meja diletakkan di luar premis kedai. Adakah ini adil untuk penghuni yang lain?
Oleh itu pihak JMB bercadang akan mengadakan perjumpaan diantara penduduk terutama Blok 47 yang tinggal bersebelahan/berhampiran dgn pemilik kedai mamak. Diharap dalam sesi perjumpaan ini semua pihak dapat meluahkan isi hati masing-masing dgn menberikan cadangan kepada si mamak tu apakah jenis perniagaan yg sesuai. Cadangan dan bantuan dari semua penduduk amat dialukan untuk membantu penghuni yg menghuni bersebelahan kedai mamak ini. Sila berikan/cadangkan masa dan tarikh yg sesuai utk perjumpaan ini. Jangan ada yg memberikan seribu alasan utk tidak hadir dlm sesi perbincangan ini dan kemudian cakap belakang. Jika setuasi ini berlaku, si mamak lah yg menang, sebab kedai dia suka dia nak buat apa. Apa yg kita cari adalah menang-menang setuasi.
Cuba anda bayangkan kedai mamak ini beroperasi seperti di Subang spt yg saya perkatakan diatas tadi, adakan anda sanggup tinggal berjiran dgnnya. Si mamak juga patut menimbangkan sensitivity penduduk/jiran mereka, ini adalah kerana setiap agama menitik beratkan untuk menjaga hati dan kepentingan jiran. Kenapa saya kata begini adalah kerana pihak NZ telah mengarahkan memberhentikan operasi pengubahsuaian sehingga perbincangan dgn penduduk dan jiran dijalankan tapi anda lihatlah sendiri, mereka tidak mengindahkan arahan ini dan tidak menjaga isu-isu sensitive jiran dan penduduk lain.
Takkan kita nak tinggal di kawasan yang sentiasa bising setelah seharian kita berkerja di luar. nak tutup pintu? Macam tinggal dlm gua la pulak. Nak jual rumah? Takkan nak jual setelah bertungkuslumus untuk mendapatkan harta yg mahal. Ini tak adil utk mereka.
Cuba kita lihat kedai runcit di blok 45. Penduduk tak kisah untuk berniaga kedai runcit sebab pelanggan datang dan pergi, tetapi bagaimana tahap kebersihannnya? Sampah sarap kerap dilonggokkan di belakang kedai kemudian dgn sewenang-wenangnya suruk cleaner bersihkan. Jiran-jiran dah mula merungut pasal masalah ini. Adakan dia bayar mantainance lebih? Tidak, sama seperti kita juga. Yg ini saya berharap NZ Managenent memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan terhadap barang perniagaan yg diletakkan di luar permis. Sebagai asas hanya rak kasut dan penyidai kain sahaja yg dibenarkan. Sekiranya berkeras untuk meletakkan di luar, sewa dikenakan untuk setiap kaki persegi yg digunakan kerana di luar permis adalah harta bersama, bukan individu.
Berbalik ke kedai mamak, bagaimana dgn sampah-sarap? Saya percaya sampah dari kedai makan lebih banyak dgn bau yg tidak menyenangkan ditambah lagi dgn bau kari dan sebagainya. Apa perasaan jiran-jiran. Takkan nak tutup hidung sepanjang masa...
Saya berharap perjumpaan ini dapat dijalankan demi kepentingan semua pihak. dan sila berikan maklum balas anda serta berikan tarikh dan masa yg sesuai untuk perjumpaan ini.

7 comments:

  1. perjumpaan dgn penduduk blok 47 perlu dijalankn dgn segera...utk mnyelesaikan masalah ini.... apa yg kita tahu kedai mamak ni blom apa2 lagi dah mlangar arahan dari NZ... so tindakan sewajarnya perlu diambik atau diberhentikan sahaja... banyak masalah akan timbul.. tarikh dan waktu pada ahad di sebelh malam jam 9.

    ReplyDelete
  2. saya membantah sekeras-kerasnya operasi untuk menjalankan perniagaan kedai makan di dalam kawasan Seri Ixora, banyak masalah akan timbul nanti terutama soal kebersihan. Siapa yang beri kebenaran untuk menjalankan kedai makan? kalau nak difikirkan keperluan untuk mendapatkan makanan,, tidak cukupkah gerai-gerai yang terdapat di hadapan pintu masuk ke Seri Ixora?, rasanya dah lebih dari cukup. Masa saya nak mebeli rumah disini.. tidak dinyatakan pula akan ada kedai makan, cuma yang dinyatakan kedai runcit. kalau saya tau ada kedai makan memang saya tak akan memilih kediaman di sini.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera semua,

    Kedai makan Mamak .....
    Tolong lah jangan beroperasi di kawasan kami,
    cukuplah dengan masalah yg sedia ada ni..
    Kepala cik Din pun tambah berkilat skrg..
    Takkan nak kita lihat rambut beliau gugur lagi..
    maafla cik Din gurau aje tu.

    jika mamak tu mampu beoperasi ala ala restoran fast food saya alu alukan ,

    Maksud saya, makanan tidak dimasak disitu, waktu operasi tidak lebih dr pukul 10 malam, jaga kebersihan, tiada kerusi meja di koridor, tidak memasang radio atau Tv dgn kuat, hormati hak penghuni terdekat....


    Disini saya minta pihak pengurusan mengambil tindakan terhadap peniaga kedai runcit di blok 45 agar tiada lagi barang di letakkan di luar kedai. dan saya fikir tong gas tidak dbenarkan di jual disitu ,jika berlaku kebakaran apa akan terjadi??

    ReplyDelete
  4. rasanya dalam 'perjanjian jual beli rumah' (SMP) tak de pula 'klausa' akan ada kedai makan di dalam kawasan Seri Ixora, camner kedai tu boleh beroperasi?? Siapa yang memberi kebenaran??

    ReplyDelete
  5. Siapa yang memberi kebenaran?? org yg ada kepentingan dalam kedai tu la....ada komisyen kot..masyuk!!!!

    ReplyDelete
  6. salam, apa perkembangan kedai mamak ni?

    ReplyDelete
  7. Kami dari pihak JMB dan Pengurusan masih tiada jawapan mengenai kedai mamak di blok 47. Pihak JMB(sebagai wakil penduduk 47) telah menyerahkan secara bertulis syarat-syarat untuk membuka kedai di blok 47 yang mana telah diprsetujui oleh kedua-dua pihak. Sampai sekarang masih belum ada jawapan dari pihak kedai.

    Pihak MBSA juga telah 2 kali membuat pemeriksaan ke atas kedai tesebut tapi kami tak tahu apa keputusannya.

    ReplyDelete