Saturday, September 24, 2011

Harga Hartanah Akan Meningkat 10 Hingga 20 Peratus Pada 2011

Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.

Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.

"Saya menjangkakan hartanah sederhana dan mewah mungkin meningkat lebih tinggi memandangkan hartanah mewah masih dianggap murah oleh rakyat asing berbanding harga hartanah di negara-negara jiran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2010 di sini.

Laporan itu diteritkan oleh Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian Kementrian Kewangan.

Lim berkata negara ini menarik lebih ramai rakyat asing menerusi program transformasi kerajaan serta unjuran bahawa lebih banyak syarikat asing akan disenarai di Bursa Malaysia.

"Kami berjaya menarik nilai pelaburan yang adil tahun lepas dengan pelaburan langsung asing meningkat empat kali ganda berbanding angka yang dicatatkan pada 2009.

"Kami berharap rakyat asing ini akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan kedua atau ibu pejabat dan melihat Asean sebagai pasaran yang berpotensi," katanya.

Beliau berkata walaupun harga hartanah akan meningkat, kerajaan akan memastikan gelombang hartanah tidak berlaku.

"Kami memandangkan berat disebabkan hampir 26 peratus daripada pinjaman bank diberikan untuk tujuan perumahan iaitu sebanyak RM240 bilion.

"Usaha sedang dilakukan untuk menyediakan 70 peratus nilai pinjaman untuk pembeli hartanah ketiga serta inisiatif untuk menyediakan pinjaman 100 peratus untuk pembeli rumah kali pertama," katanya.

Beliau berkata tumpuan utama kerajaan ialah memastikan golongan muda Malaysia disediakan dengan peluang untuk memberli hartanah mengikut kemampuan mereka.

Menurut laporan itu, pasaran hartanah tempatan merekodkan 376,583 transaksi bernilai RM107.44 bilion, dengan jumlah dan nilai pertumbuhan transaksi masing-masing pada 11.4 peratus dan 32.6 peratus berbanding 2009.

– BERNAMA

Thursday, September 15, 2011

Senarai Ahli Jawatan Kuasa JMB Sri Ixora - Sesi 2011/2012

No Nama Jawatan Contact No
1 SHAHARUDIN BIN SALLEH Pengerusi 016-3640466
2 MOHD FAUZI BIN ABU HASAN Setiausaha 019-2615334
3 ROSLAN BIN JAMIL Bendahari 019-6062993
4 SYED AHMAD FADZIL BIN SYED AKIL AJK 012-6431122
5 ISKANDAR BIN MOHAMAD (B0B) AJK 017-9395665
6 AZRI BIN AHMAD AJK 017-6619384
7 HJ. ROSELI BIN ABDUL RAHMAN AJK 019-2653699

Sunday, September 11, 2011

Petikan akhbar - NPNG mahu lahirkan ramai atlet tempatan

PETALING JAYA 11 Sept. - Penduduk Damansara Damai dianggap bertuah apabila memiliki sebuah pusat sukan No Pain No Gain (NPNG) yang disediakan oleh pemaju berhampiran kediaman mereka untuk penduduk beriadah.
 
Pengarah NPNG, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, penubuhan pusat sukan itu diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet tempatan terutama dalam sukan bola sepak.
 
Menurutnya, penubuhan pusat sukan yang disediakan oleh Excellent Escapade Sdn. Bhd. itu tepat pada waktunya kerana penduduk memerlukan kawasan riadah yang sesuai di kawasan yang pesat membangun itu.
 
"Pusat sukan ini akan menjadi tumpuan penduduk Damansara Damai yang dianggarkan 100,000 orang. Ini adalah cara terbaik bagi pihak kami menyumbang kembali kepada masyarakat setempat," katanya selepas majlis perasmian pusat sukan itu yang disempurnakan secara bersama oleh beliau dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman di sini hari ini.
 
NPNG yang seluas 9,704 meter persegi menyediakan dua gelanggang futsal seluas 1,080 meter persegi dengan dua jenis permukaan berbeza dan bertaraf antarabangsa. Salah satu daripadanya dinamakan Chelsea Blue astroturf-pitch sempena kedatangan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea ke situ sempena jelajah mereka ke Asia baru-baru ini.
 
Pusat sukan bernilai RM1.6 juta itu yang siap dibina Julai lalu turut menyediakan padang bola sepak luar dewan, menjadikannya pusat sehenti untuk aktiviti rekreasi, sukan dalam dan luar dewan.
 
Kata Mustapha Kamal, NPNG menawarkan kemudahan itu secara percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
 
"Saya percaya pusat ini bakal menjadi penggiat utama kanak-kanak di sini untuk menceburkan diri dalam bidang sukan," katanya.

Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri dan Selamat hari Merdeka

Sempena menjelang musin cuti perayaan berkembar iaitu AidilFitri dan sambutan hari Merdeka yang akan tiba ini, kami, AJK JMB Seri Ixora ingin mengingatkan kepada semua penduduk untuk lebih berhati-hati ketika meninggalkan rumah. Sila pastikan semua peralatan eletrik dipadamkan (“Switch Off”) dan gas memasak di tutup dengan sempurna. Juga sila pastikan semua tingkap, pintu dan gril rumah di kunci dengan sempurna. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di tempat kita.

Kami juga telah mangarahkan pihak pengawal keselamatan untuk memperketatkan kawalan kenderaan keluar masuk di musim perayaan dan menambahkan kekerapan mengadakan rondaan. Satu surat permohonan rasmi kepada pihak Polis juga telah di serahkan kepada ketua balai di Balai Polis Alam Megah untuk membantu pengawal keselamatan membuat rondaan di sekitar dan di dalam premis Pangsapuri Seri Ixora.

Kepada penduduk yang meninggalkan kenderaan mereka semasa pulang bercuti, anda boleh memberikan maklumat kenderaan anda di pondok pengawal (Nama pemilik, No H/P pemilik, No kenderaan, jenis kenderaan dan warna kenderaan). Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kes kecurian atau pecah masuk kenderaan berlaku semasa musim cuti perayaan di mana pengawal keselamatan boleh memantau kenderaan keluar masuk serta kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta Pangsapuri Seri Ixora.

Kepada yang pulang memandu/menunggang, kami sarankan supaya memandu/menunggang dengan selamat dan berhati-hati. Kepada yang menggunakan kenderaan awam, sila pastikan tikit yang anda beli tu tulin bukan dari ulat tikit supaya anda tidak tertipu.

Kami berdoa semoga kita dapat berjumpa kembali setelah puas beraya di kampong halaman masing-masing.

Akhir kata, kami, AJK JMB Seri Ixora serta pemgurusan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan






“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 54,
SALAM 1 MALAYSIA, 1 IXORA

Kepada yang bukan beragama Islam, Selamat Hari Merdeka.

PANDULAH BERHATI-HATI DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

Undang-Undang Kecil Dalaman Pangsapuri Sri Ixora

Undang-Undang Kecil Dalaman Pangsapuri Sri Ixora Undang-Undang Keluar Masuk Kenderaan (Melepasi Pondok Pengawal)
Dan Tugas-tugas Pengawal Pangsapuri Sri Ixora
(Semakan 11hb September 2009 pindaan 22 Ogos 2011)



Fasal 1 : Tujuan

Undang-undang kecil ini adalah untuk memastikan semua kenderaan dan orang perseorangan yang melepasi pondok pengawal diperiksa dengan sewajarnya supaya keselamatan penduduk dan harta benda di Pangsapuri Sri Ixora terkawal & terjamin.

Fasal 2 : Orang Yang Boleh Berada Di Dalam Pondok Pengawal
1) Pengawal keselamatan yang sedang bertugas.
2) Pengawal keselamatan yang baru habis bertugas (dalam masa satu (1) jam dari masa akhir bertugas).
3) Pengawal keselamatan yang akan memulakan tugas (dalam masa satu (1) jam dari masa bertugas).
4) "Incharge" atau pegawai atasan bagi pengawal keselamatan
5) Pihak Pengurusan Pangsapuri Sri Ixora.
6) Ahli Jawatankuasa Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Ixora.
7) Sesiapa yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi JMB.

Fasal 3 : Tugas-Tugas Pengawal Keselamatan
1) Memeriksa semua jenis kenderaan yang keluar dan masuk dari Pangsapuri Sri Ixora.
2) Memastikan semua jenis kenderaan yang memasuki Pangsapuri Sri Ixora mempunyai pelekat terkini.
3) Menghalang dari sebarang kenderaan yang ingin menceroboh ke dalam kawasan Pangsapuri Sri Ixora.
4) Memastikan semua kenderaan yang keluar dari Pangsapuri Sri Ixora tidak membawa barangan yang mencurigakan ataupun barangan yang menyalahi Undang-Undang Kerajaan Malaysia.
5) Memastikan semua kenderaan yang memasuki Pangsapuri Sri Ixora tidak membawa barangan yang menyalahi Undang-Undang Kerajaan Malaysia.
6) Memastikan semua pejalan kaki yang memasuki kawasan Pangsapuri Sri Ixora adalah penduduk di Pangsapuri Sri Ixora.
7) Menghalang dari penceroboh yang ingin menceroboh ke dalam kawasan Pangsapuri Sri Ixora.
8) Merekodkan nama, nombor kad pengenalan, jenis kenderaan, nombor kenderaan, nombor unit yang ingin dilawati serta nama penduduk yang tinggal di unit yang ingin dilawati bagi pelawat yang melawat Pangsapuri Sri Ixora.
9) Merekodkan nama, nombor kad pengenalan, jenis kenderaan, nombor kenderaan dan nombor unit yang dihuni oleh pemandu kenderaan yang tidak mempunyai "Kad Akses"ataupun “pelekat”.
10) Menghalang sebarang kenderaan yang tidak dibenarkan dari memasuki kawasan Pangsapuri Sri Ixora.
11) Melakukan rondaan berkala di seluruh kawasan Pangsapuri Sri Ixora seperti yang telah diarahkan oleh pihak pengurusan Pangsapuri Sri Ixora.
12) Memastikan segala harta bersama berada dalam keadaan selamat dan bebas dari penyalah gunaan seperti vendarlism dan sebagainya.
13) Melaporkan dengan segera sekiranya terdapat kerosakan harta benda atau keadaan yang mecurigakan kepada pihak pengurusan Pangsapuri Sri Ixora.
14) Memastikan Pintu Belakang dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak JMB.
15) Sekiranya pihak Pengurusan Sri Ixora dan pihak JMB mendapati pihak pengawal melakukan kesalahan ataupun terdapat laporan dari pengadu maka denda sebanyak RM 50.00 akan dikenakan.

Fasal 4 : Tugas-Tugas "Incharge" atau Pegawai Atasan Pengawal Keselamatan
1) Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas-tugas mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
2) Membantu Pengawal Keselamatan menjalankan tugas-tugas pengawal keselamatan.
3) Memastikan dan memeriksa buku keluar masuk kenderaan diisi dengan sempurna.

Fasal 5 : Tugas-Tugas Pihak Pengurusan Pangsapuri Sri Ixora
1) Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas-tugas mereka.
2) Memastikan semua dokumen, peralatan menulis dan notis-notis berada di dalam keadaan yang sempurna dan sentiasa dikemaskini.
3) Sentiasa bekerjasama dengan pengawal keselamatan melaksanakan undang-undang dan keselamatan semasa dan selepas waktu kerja pihak pengurusan.

Fasal 6 : Tugas-Tugas Pihak Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Ixora
1) Memastikan dan membantu pengawal keselamatan menjalankan tugas-tugas mereka.
2) Memastikan dan memeriksa buku keluar masuk kenderaan diisi dengan sempurna.
3) Memastikan semua dokumen, peralatan menulis dan notis-notis berada di dalam keadaan yang sempurna dan sentiasa dikemaskini.
4) Sentiasa bekerjasama dengan pengawal keselamatan melaksanakan undang-undang dan keselamatan.
5) Mengemaskini dan memastikan semua undang-undang adalah yang terkini.

Fasal 7 : Cara Berpakaian Penggawal Keselamatan.
1) Pengawal Keselamatan dikehendaki memakai Pakaian Seragam yang Kemas .
2) Pengawal Keselamatan dikehendaki memakai Tag Nama bagi memudahkan pengenalan diri.
3) Pengawal Keselamatan dikehendaki memakai kasut yang sesuai untuk bertugas.
4) Pengawal Keselamatan dikehendaki memakai Topi yang melambangkan Syarikat Pengawal.

Fasal 8 : Prosedur Keluar / Masuk Dari Kawasan Pangsapuri Sri Ixora.

Fasal 8.1 : Laluan Keluar / Masuk Kenderaan di Pintu Utama




Fasal 8.2 : Prosedur Keluar / Masuk Dari Kawasan Pangsapuri Sri Ixora

Fasal 8.2.1 : Bagi kenderaan Sikal (Pembeli/Penduduk)
1) Semua kenderaan Sikal (penduduk dan Pembeli Pangsapuri Sri Ixora) mestilah memperlahankan kenderaan masing-masing semasa melepasi pondok pengawal.
2) Semua kenderaan Sikal mempunyai pelekat yang sah dan terkini.
3) Kenderaan Sikal tidak perlu memberhentikan kenderaan di pondok pengawal

Fasal 8.2.2 : Bagi kenderaan Lain Selain Daripada Kenderaan Sikal (Mempunyai "Kad Akses")
1) Semua kenderaan mestilah memberhentikan kenderaan masing-masing apabila tiba di pondok pengawal.
2) Pemandu mestilah mengeluarkan "Kad Akses" dan menyentuh "Kad Akses" ke mesin penerima (berdekatan pondok pengawal).
3) Apabila palang terangkat, barulah kenderaan dibenarkan melepasi pondok pengawal.
4) Kenderaan yang menunggu di belakang hendaklah memastikan palang mula turun, kemudian baru menyentuh Kad Aksess mereka. Jika tidak palang akan turun dan terkena pada kenderaan. Jika ini berlaku pihak JMB dan pengurusan tihak akan bertangungjawab atas kerosakan kenderaan mereka.
5) Jika "Kad Akses" tidak berfungsi, pemandu mestilah melaporkan kepada pihak pengawal keselamatan dan menunjukkan "Kad Akses" kepada pihak Pengawal Keselamatan berserta dengan identiti (kad pengenalan atau lesen memandu) pemandu.
6) Pihak Pengawal Keselamatan hendaklah mengambil maklumat pemandu berkenaan serta Unit yang didudukinya dan kemudian melaporkannya kepada Pihak Pengurusan.
7) Kemudian, barulah Pengawal Keselamatan boleh membuka palang untuk memberi laluan kenderaan berkenaan melepasi Pondok Pengawal.
8) Pemandu berkenaan mestilah melaporkan dengan segera kepada Pihak Pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Fasal 8.2.3 : Bagi kenderaan Lain Selain Daripada Kenderaan Sikal Penduduk/ Pembeli Pangsapuri Sri Ixora (Tidak Mempunyai "Kad Akses")
1) Semua kenderaan mestilah memberhentikan kenderaan masing-masing apabila tiba di pondok pengawal.
2) Pemandu mestilah mengeluarkan kad pengenalan atau lesen memandu dan menyerahkannya kepada Pengawal Keselamatan bertugas.
3) Pengawal keselamatan bertugas akan menyerahkan buku keluar masuk penduduk kepada pemandu untuk diisi.
4) Perkara yang perlu diisi ialah :
i. Nama pemandu
ii. Nombor kad pengenalan pemandu
iii. Nombor unit pemandu tinggal
iv. Nombor kenderaan.
v. Tarikh
5) Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa maklumat yang ditulis adalah benar dan sah berserta dengan stiker kenderaan untuk memastikan pemandu adalah penduduk.
6) Kemudian Pengawal Keselamatan hendaklah menyerahkan kembali kad pengenalan atau lesen memandu kepada pemandu sebelum membuka palang untuk memberi laluan kenderaan berkenaan melepasi pondok pengawal.
7) Pihak pengawal keselamatan berhak tidak membenarkan kenderaan ini masuk sekiranya tiada lebihan petak pakir kosong.

Fasal 8.2.4 : Bagi kenderaan sikal (Pelawat)
1) Semua kenderaan mestilah memberhentikan kenderaan masing-masing apabila tiba di pondok pengawal.
2) Pemandu mestilah mengeluarkan kad pengenalan atau lesen memandu dan menyerahkannya kepada Pengawal Keselamatan bertugas (akan disimpan sementara)
3) Pengawal keselamatan bertugas akan menyerahkan buku keluar masuk pelawat kepada pemandu untuk diisi.
4) Perkara yang perlu diisi ialah :
i. Nama pemandu
ii. Nombor kad pengenalan pemandu
iii. Nombor kenderaan.
iv. Tarikh
v. Tujuan (Jika melawat penduduk mestilah menulis nama dan unit yang ingin dilawati)
5) Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa maklumat yang ditulis adalah benar dan sah
6) Semasa kemasukan ke Pangsapuri Sri Ixora, Pengawal Keselamatan hendaklah menyerahkan kad pelawat sebelum membenarkan pelawat melepasi pondok pengawal.
7) Kad pelawat hendaklah sentiasa berada di dashboard kenderaan berkenaan dan kenderaan dikehendaki memakir di petak pelawat.
8) Semasa keluar dari Pangsapuri Sri Ixora, pemandu mestilah menyerahkan kembali kad pelawat kepada Pengawal Keselamatan di pondok pengawal.
9) Kemudian Pengawal Keselamatan perlulah memeriksa kenderaan dari sebarang barangan yang mencurigakan.
10) Jika ada, Pengawal Keselamatan berhak menyoal pemandu dan tidak membenarkan kenderaan berkenaan melepasi pondok pengawal sehingga Pengawal Keselamatan berpuas hati dengan penjelasan pemandu.
11) Kemudian barulah Pengawal Keselamatan akan menyerahkan kembali kad pengenalan atau lesen memandu kepada pemandu dan melepaskan kenderaan berkenaan melepasi pondok pengawal.

Fasal 8.2.5 : Bagi kenderaan Lain Selain Daripada Kenderaan Sikal (Pelawat)
1) Semua kenderaan mestilah memberhentikan kenderaan masing-masing apabila tiba di pondok pengawal.
2) Pemandu mestilah mengeluarkan kad pengenalan atau lesen memandu dan menyerahkannya kepada Pengawal Keselamatan bertugas (akan disimpan sementara)
3) Pengawal keselamatan bertugas akan menyerahkan buku keluar masuk pelawat kepada pemandu untuk diisi.
4) Perkara yang perlu diisi ialah :
i. Nama pemandu
ii. Nombor kad pengenalan pemandu
iii. Nombor kenderaan.
iv. Tarikh
v. Tujuan (Jika menghantar barang-barang atau mengambil barang-barang untuk diperbaiki)
5) Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa maklumat yang ditulis adalah benar dan sah.
6) Semasa kemasukan ke Pangsapuri Sri Ixora, Pengawal Keselamatan hendaklah menyerahkan kad pelawat serta kad untuk kenderaan sebelum membenarkan pelawat melepasi pondok pengawal.
7) Kad pelawat hendaklah sentiasa berada bersama pemandu kenderaan berkenaan manakala kad kenderaan perlulah dipamerkan di "dashboard" kenderaan berkenaan.
8) Kemudian Pengawal Keselamatan akan mengarahkan di mana kenderaan berkenaan boleh diletakkan.
9) Semasa keluar dari Pangsapuri Sri Ixora, pemandu mestilah menyerahkan kembali kad pelawat dan kad kenderaan kepada Pengawal Keselamatan di pondok pengawal.
10) Kemudian Pengawal Keselamatan perlulah memeriksa kenderaan dari sebarang barangan yang mencurigakan.
11) Jika ada, Pengawal Keselamatan berhak menyoal pemandu dan tidak membenarkan kenderaan berkenaan melepasi pondok pengawal sehingga Pengawal Keselamatan berpuas hati dengan penjelasan pemandu.
12) Kemudian barulah Pengawal Keselamatan akan menyerahkan kembali kad pengenalan atau lesen memandu kepada pemandu dan melepaskan kenderaan berkenaan melepasi pondok pengawal.
13) Sebarang kehilangan stiker pelawat, denda RM20 akan dikenakan manakala kehilangan stiker kenderaan, denda RM30 akan dikenakan.
14) Dari jam 12:00 malam sehingga 6:15 pagi, tiada kenderaan pelawat dibenarkan memasuki premis Pangsapuri Sri Ixora melainkan ditemani oleh pembeli atau penduduk Pangsapuri Sri Ixora
15) Pada hari ahad atau cuti umum, lori tidak dibenarkan memasuki premis Pangsapuri Sri Ixora melainkan mendapat kebenaran bertulis dari pihak Pengurusan ataupun JMB Pangsapuri Sri Ixora terlebih dahulu.
16) Bagi kenderaan rasmi Polis, Pengawal Keselamatan boleh membenarkan kenderaan melepasi pondok pengawal tanpa merekodkan maklumat . Pengawal keselamatan bertugas hanya perlu mencatatkannya ke dalam buku laporan harian.

Fasal 8.2.6 : Kenderaan awan (Kereta sewa atau taxi)
Pada asasnya semua kenderaan awan dilarang dari memasuki kawasan Pangsapuri Sri Ixora
kecuali;
1) Sekiranya pemilik/penduduk ingin menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau taxi, mereka perlu memaklumkan pada pengawal keselamatan bertugas terlebih dahulu. Sila berikan maklumat seperti berikut;
i. Waktu masuk.
ii. Nombor rumah
iii. Jenis kereta sewa (spt: taxi atau airport Lima dsb)
2) Pengawal keselamatan hendaklah bertanyakan nombor rumah kepada pemandu kenderaan awan tersebut, sekiranya maklumat yang diberikan betul barulah palang dibuka.
3) Kepada pemilik/penduduk yang menggunaka kenderaan awam dari luar untuk memasuki Pangsapuri Sri Ixora, mereka hendaklah memperkenalkan identiti mereka berserta nombor rumah. Pengawal keselamatan bertugas hendaklah merekodkan dalam buku laporan harian.
4) Kenderaan awam tersebut hanya diberi masa selama 10 minit untuk mengambil/menghantar penumpang. Pengawal keselamatan bertugas hendaklan mencatat masa dan sekiranya masa yang diambil terlalu lama, pengawal tersebut mestilah memeriksa kemana kenderaan awam tersebut berada dan mengarahkan ianya keluar dengan segera.
5) Bas Sekolah yang mendapat kebenaran dari pihak JMB atau Pengurusan Pangsapuri Sri Ixora.

Fasal 9 : Larangan
1) Tiada kenderaan dibenarkan memasuki premis Pangsapuri Sri Ixora tanpa melalui Pondok Pengawal Utama.
2) Tiada kenderaan dibenarkan memasuki premis Pangsapuri Sri Ixora tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Pengawal keselamatan (bagi kenderaan yang tidak mempunyai "Kad Akses" dan kenderaan Sikal penduduk / pembeli pada waktu kemuncak).
3) Tiada kenderaan "Tow-Truck" dibenarkar memasuki premis Pangsapuri Sri Ixora tanpa mendapat kebenaran bertulis dari pihak JMB ataupun pemilik kenderaan, ataupun tanpa arahan pihak polis ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
4) Tiada kenderaan boleh membawa apa-apa yang dilarang oleh Undang-Undang Kerajaan Malaysia memasuki premis Pangsapuri Sri Ixora.
5) Kenderaan curi tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar dari Pangsapuri Sri Ixora. Jika ditangkap Pihak JMB berhak menyerahkan kenderaan berkenaan kepada pihak berkuasa.

Fasal 10 : Zon kunci
1) Terdapat beberapa lokasi yang telah digezetkan sebagai ZON KUNCI.
2) Semua kenderaan sama ada pelawat atau penduduk tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di ZON KUNCI.
3) Notis pertama akan dikeluarkan oleh pihak pengawal keselamatan setelah 30 minit kenderaan diletakkan dan notis kedua akan diberikan 30 minit berikutnya.
4) Sekiranya setelah satu(1) jam kenderaan tidak dialihkan dari notis kedua, kenderaan akan dikunci.
5) Tuan punya kenderaan yang dikunci hendaklah berhubung dengan pengawal keselamatan untuk membuka kunci
6) Kunci hanya akan dibuka selepas denda dijelaskan sebanyak RM50.
7) Sekiranya pemilik petak pakir dicerobohi oleh kenderaan yang tidak dikenali, mereka boleh melaporkan pada Pondok Pengawal supaya kenderaan yang menceroboh dikunci. Pemilik hendaklah memberikan maklumat secara bertulis kepada pihak pengawal bertugas.

Fasal 11 : Denda
1) Kehilangan stiker pelawat akan didenda sebanyak RM30
2) Kehilangan stiker kenderaan akan didenda sebanyak RM30 dan disertakan bersama surat bertulis kehilangan stiker
3) Kehilangan kad aksess didenda sebanyak RM50
4) Membuka kunci tayar didenda sebanyak RM50
5) Merosakkan alat kunci tayar didenda sebanyak RM300.
6) Merosakkan mangga tayar didenda sebanyak RM100.
7) Sebarang kenderaan yang melanggar Undang-Undang Keluar Masuk Pintu Utama (Melepasi Pondok Pengawal) Pangsapuri Sri Ixora akan dikenakan denda sebanyak RM100 setiap kesalahan.
8) Sekiranya pihak Pengurusan Sri Ixora dan pihak JMB mendapati pihak pengawal melakukan kesalahan ataupun terdapat laporan dari pengadu maka denda sebanyak RM 50.00 akan dikenakan.

Fasal 12 : Pengistiharan
Kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan Pangsapuri Sri Ixora adalah dibawah tanggungjawab pemilik kenderaan. Sebarang kerosakan atau kecurian atau perlanggaran, pihak JMB dan Pengurusan Sri Ixora tidak akan bertanggungjawab.

Monday, June 20, 2011

AGM 2011

18 Jun 2011- Masyuarat Agung Tahunan Sri Ixora Aparment telah diadakan bertempat di dewan serbaguna Sri Ixora. Masyuarat yang sepatutnya bermula pada pukul 3 pm telah ditangguhkan ke jam 3:30 pm kerana jumlah kedatangan yang layak mengundi tidak mencukupi 20% dari jumlah keseluruhan yang layak mengundi iaitu 257 lot.




Masyuarat telah dimulakan dengan pembacaan doa oleh En Fauzi dan di ikuti ucapan aluan pengerusi dan di ikuti pembentangan kewangan oleh Bendahari En Roslan Jamil.



Selesai pembentangan penyata kewangan, pengerusi dengan rasmi AJK 2010-2011 dibubarkan dan masyuarat telah dipengeruikan oleh En Hasri dari pihak pemaju.

Para hadirin dari pihak yang layak mengundi telah sebulat suara melantik semula AJK lama kecauli En Norman dari blok 44. Seramai 7 AJK telah dilantik untuk sesi 2011-2012.

Senarai AJK baru Sri Ixora sesi 2011-2012 seprti berikut;

En Shaharudin
En Fauzi
En Roslan
En Fadzil
En Azri
En Iskandar (Bob)
Tuan Hj Rosli

Saturday, May 14, 2011

Parking tambahan

Memandangkan masih terdapat pemilik yang masih tidak mendapat ruang parkir tambahan, pihak JMB dan pengurusan telah berusaha untuk menambahkan parkir tambahan di beberapa tempat.

Tempat yang di tambah aalah di rumah samah blok 49, 48 dan 50, 1 lot untuk setiap tempat.
Juga ditambah di persisir blok 44 dan 46 sehingga sebahagia blok 43. Laluan masuk ke kiri iaitu ke blok 46 dan 44 akan dijadikan jalan sehala.

Sebarang maklumbalas atau cadangan sila salurkan ke pejabat pengurusan atau email ke s.ixorapangsapuri@gmail.com

Friday, April 22, 2011

Security baru di Sri Ixora

Untuk makluman semua penduduk Sri Ixora, pihak pengurusan telah melantik pengawal keselamatan yang baru untuk menambah baikkan sistem kawalan di tempat kita.

Kepada semua penduduk di harap dapat memberi kerjasama kepada security baru bagi melancarkan operasi seharian di tempat kita.

Pihak security akan bertindak tegas bagi memastikan hanya kenderaan yang mempunyai sticker dan access cad sahaja yang di benarkan malalui pondok pengawal. Kepada yang tiada mereka handaklah mendaftakan diri di pos pengawalk dan sekiranya parking telah penuh, mereka hendaklah meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan supaya tidak menggangu parking penghuni lain.

Mulai Mei 2011, pihak pengurusan akan mengimplement clamp tayar kereta bagi yang menggangu parkin orang lain dan juga meletakan kendraan di tepat yang dilarang atau bertanda kuning.

Notis tunggakkan dari COB

Kepada semua pemilik rumah Sri Ixora, pihak Pengurus Bangunan dari MBSA (COB) sedang mengedarkan notis tunggakkan kepada semua pemilik kediaman yang masih gagal menjelaskan hutang tunggakkan yuran maintenance.

Senarai nama akan dipamirkan dalam notis board mulaiminggu hadapan.

Untuk makluman tuan-tuan, hutang yuran maintanace yang masih tertunggak setakat March 2011 telah menjangku ke RM400,000 berbanding RM200,000 pada Dec 2009.

Sekiranya masih gagal mengutip yuran yang tertunggak selepas notis dari COB, pihak pengurusan akan mengambil tindakkan dengan mengunci air yang membekalkan air ke rumah mereka sebelum pihak COB menyita rmah mereka.

Saturday, January 22, 2011

Kenderaan keluar masuk di Sri Ixoa

Seperti yang telah sedia maklum semas menandatangani surat perjanjian jual beli, setiap rumah hanya disediakan 1 lot parking sahaja. Sekiranya pembeli mempunyai lebih dai satu kereta, kereta yang kedua dan lebih tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam kawasa Sri ixora.


Jika dilihat pada statement di atas, perkara sebegini tidak berlaku pad masa sekarang. Setiap penghuni yg memiliki lebih dari 1 kereta sewenang-wenangnya masuk dan meletakkan kereta mereka di dlm Sri Ixora.

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011

Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011.
Pihak JMB mengcapkan selamat tahun baru 2011 kepada seluruh warga Pangsapuri Sri Ixora. Semoga segala azam 2010 telah dilaksanakan. Sekiranya masih belum tercapai, jadikanlah ianya azam 2011.