Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri dan Selamat hari Merdeka

Sempena menjelang musin cuti perayaan berkembar iaitu AidilFitri dan sambutan hari Merdeka yang akan tiba ini, kami, AJK JMB Seri Ixora ingin mengingatkan kepada semua penduduk untuk lebih berhati-hati ketika meninggalkan rumah. Sila pastikan semua peralatan eletrik dipadamkan (“Switch Off”) dan gas memasak di tutup dengan sempurna. Juga sila pastikan semua tingkap, pintu dan gril rumah di kunci dengan sempurna. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di tempat kita.

Kami juga telah mangarahkan pihak pengawal keselamatan untuk memperketatkan kawalan kenderaan keluar masuk di musim perayaan dan menambahkan kekerapan mengadakan rondaan. Satu surat permohonan rasmi kepada pihak Polis juga telah di serahkan kepada ketua balai di Balai Polis Alam Megah untuk membantu pengawal keselamatan membuat rondaan di sekitar dan di dalam premis Pangsapuri Seri Ixora.

Kepada penduduk yang meninggalkan kenderaan mereka semasa pulang bercuti, anda boleh memberikan maklumat kenderaan anda di pondok pengawal (Nama pemilik, No H/P pemilik, No kenderaan, jenis kenderaan dan warna kenderaan). Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kes kecurian atau pecah masuk kenderaan berlaku semasa musim cuti perayaan di mana pengawal keselamatan boleh memantau kenderaan keluar masuk serta kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta Pangsapuri Seri Ixora.

Kepada yang pulang memandu/menunggang, kami sarankan supaya memandu/menunggang dengan selamat dan berhati-hati. Kepada yang menggunakan kenderaan awam, sila pastikan tikit yang anda beli tu tulin bukan dari ulat tikit supaya anda tidak tertipu.

Kami berdoa semoga kita dapat berjumpa kembali setelah puas beraya di kampong halaman masing-masing.

Akhir kata, kami, AJK JMB Seri Ixora serta pemgurusan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan






“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 54,
SALAM 1 MALAYSIA, 1 IXORA

Kepada yang bukan beragama Islam, Selamat Hari Merdeka.

PANDULAH BERHATI-HATI DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

No comments:

Post a Comment