Friday, January 29, 2010

Memorandum


Rujukan kami: BPBPSI-memo-100118-01
Kepada: Semua Penghuni Pangsapuri Seri Ixora
S/k : Pejabat pengurusan Sri Ixora
S/k : Security

Setelah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat di antara JMB & penduduk pada 10 Jan 2010, bermula Pertengahan Februari 2010 pihak pengurusan Sri Ixora akan mengetatkan penguatkuasaan larangan masuk bagi semua kenderaan bermotor ke kawasan Pangsapuri Sri Ixora. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan anda adalah diminta untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1)
Memastikan bahawa anda mempunyai access card & sticker. Setiap unit rumah dibekalkan dengan 1 access card & sticker. Sila berurusan dengan pejabat pengurusan sekiranya anda tidak mempunyai access card & sticker.
Anda adalah diwajibkan untuk menggunakan Acess Card untuk urusan keluar masuk kawasan premis.
Untuk kad yang rosak atau hilang, penghuni dikehendaki melaporkan ke pejabat pengurusan dan kad baru akan diberikan atau pas sementara jika kad tiada stok. Caj akan dikenakan untuk kad yang rosak atau hilang. Bagi setiap kad yang rosak di caj RM10 dan RM50 bagi kad yang hilang . Kehilangan kad bagi kali kedua dan seterusnya pula anda akan dikenakan caj sebanyak RM100.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kenderaan anda tidak dibenarkan masuk.

2)
Mendaftarkan semua kenderaan bermotor anda di Pejabat pengurusan dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak pengurusan akan mengecat no kenderaan anda di petak parking milik anda. Sila buat pendaftaran dengan kadar segera.

3)
Larangan masuk akan turut dikenakan terhadap motorsikal yang tidak didaftarkan serta tidak mempunyai sticker. Setiap unit rumah yang mendaftarkan motorsikal milik mereka akan dibekalkan dengan 1 sticker percuma. Setiap tambahan sticker bagi setiap tambahan motorsikal akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 dan dihadkan kepada 2 sticker sahaja.

4)
Semua pelawat termasuk kontraktor dikehendaki melapor diri di pondok pengawal dengan menyatakan no rumah yang ingin dituju, no kad pengenalan/passport dan no kenderaan pelawat. Pas pelawat akan diberikan dan hendaklah dipamerkan di dashboard kenderaan anda sepanjang masa berada di kawasan premis. Kenderaan hendaklah diletakkan di petak pelawat yang telah disediakan.

Kerjasama anda bagi memastikan kediaman anda menjadi kediaman yang selesa & memuaskan adalah amat dihargai. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Pejabat Pengurusan atau AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Yang menjalankan tugas,
Pengerusi
BPBPSI

Gotong royong membuat pagar ke sekolah

Pada 17 January 2010 Pihak JMB bersama beberapa orang penduduk telah mengadakan gotong royong membina pagar untuk laluan khas bagi anak-anak penduduk Sri Ixora ke sekolah. Pagar akan dibuka pada hari bersekolah sahaja. Cuti hujung minggu dan cuti semester pagar akan sentiasa ditutup.