Friday, January 29, 2010

Memorandum


Rujukan kami: BPBPSI-memo-100118-01
Kepada: Semua Penghuni Pangsapuri Seri Ixora
S/k : Pejabat pengurusan Sri Ixora
S/k : Security

Setelah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat di antara JMB & penduduk pada 10 Jan 2010, bermula Pertengahan Februari 2010 pihak pengurusan Sri Ixora akan mengetatkan penguatkuasaan larangan masuk bagi semua kenderaan bermotor ke kawasan Pangsapuri Sri Ixora. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan anda adalah diminta untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1)
Memastikan bahawa anda mempunyai access card & sticker. Setiap unit rumah dibekalkan dengan 1 access card & sticker. Sila berurusan dengan pejabat pengurusan sekiranya anda tidak mempunyai access card & sticker.
Anda adalah diwajibkan untuk menggunakan Acess Card untuk urusan keluar masuk kawasan premis.
Untuk kad yang rosak atau hilang, penghuni dikehendaki melaporkan ke pejabat pengurusan dan kad baru akan diberikan atau pas sementara jika kad tiada stok. Caj akan dikenakan untuk kad yang rosak atau hilang. Bagi setiap kad yang rosak di caj RM10 dan RM50 bagi kad yang hilang . Kehilangan kad bagi kali kedua dan seterusnya pula anda akan dikenakan caj sebanyak RM100.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kenderaan anda tidak dibenarkan masuk.

2)
Mendaftarkan semua kenderaan bermotor anda di Pejabat pengurusan dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak pengurusan akan mengecat no kenderaan anda di petak parking milik anda. Sila buat pendaftaran dengan kadar segera.

3)
Larangan masuk akan turut dikenakan terhadap motorsikal yang tidak didaftarkan serta tidak mempunyai sticker. Setiap unit rumah yang mendaftarkan motorsikal milik mereka akan dibekalkan dengan 1 sticker percuma. Setiap tambahan sticker bagi setiap tambahan motorsikal akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 dan dihadkan kepada 2 sticker sahaja.

4)
Semua pelawat termasuk kontraktor dikehendaki melapor diri di pondok pengawal dengan menyatakan no rumah yang ingin dituju, no kad pengenalan/passport dan no kenderaan pelawat. Pas pelawat akan diberikan dan hendaklah dipamerkan di dashboard kenderaan anda sepanjang masa berada di kawasan premis. Kenderaan hendaklah diletakkan di petak pelawat yang telah disediakan.

Kerjasama anda bagi memastikan kediaman anda menjadi kediaman yang selesa & memuaskan adalah amat dihargai. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Pejabat Pengurusan atau AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Yang menjalankan tugas,
Pengerusi
BPBPSI

14 comments:

  1. Assalammualaikum...

    Bila boleh dapatkan Stiker Motor?

    ReplyDelete
  2. Sticker motor masih dalam process pembuatan. Jika dah sampai kami akan umumkan pada semua penduduk.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,

    Merujuk kepada perkara no 2) Pendaftaran kenderaan bermotor.

    Adakah perlu untuk mendaftar sekali lagi jika Lot 'Parking' telahpun di cat dengan no 'plate' kereta.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Untuk mengelakkan kekeliruan (perubahan personel from Faizal to Wan) pemilik disarankan mendaftarkan semula kenderaan mereka (yg dah siap print tak payah daftar lagi). JMB ingin melantik kontraktor utk cat plate kereta di lot parking, penduduk boleh kemukakan permohonan jika berminat dgn tender ni.

    Stiker motor dah siap. Penduduk (owner) boleh ambil mula 17/Feb/'10 di pejabat pengurusan. Harga RM5 untuk motor tambahan (terhad pada 2 motor tambahan ). Sebelum stiker diserahkan pemilik mesti menjelaskan hutang yg tertunggak.

    note:- Utk pjb pengurusan, sila sebiakan doc berkaitan dan senarai pengambilan sticker.

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Saya ada persoalan yang memerlukan perincian keterangan.

    Sebagai contoh.. di blok saya (44) ada sebuah kereta (Toyota Corolla) yang tiada mempunyai sebarang stiker & access card. Kereta ini telah hampir setahun parking di Lot parking bawah blok (yang sepatutnya bukan dimikiki oleh sesiapa). Persoalannya.. jika di kuatkuasakan larangan 'kenderaan yang tidak mempunya stiker dan access card tidak dibenarkan masuk' apakah status kenderaan ini? (yang langsung tidak bergerak) adakah apa-apa tindakan akan di ambil terhadap kerata dan tuan punya kenderaan ini? Untuk makluman tuan punya kereta mempunyai 3 buah kereta untuk satu unit (yang sepatutnya 1 unit = 1 parking).

    Baru-baru ni saya perhatikan ada lagi 3 buah kereta yang tidak mempunyai stiker meletakkan kenderaan di kawasan sama. Saya telah maklumkan kepada pengawal keselamatan (attn: En Zul).Menurut katanya tuan punya kereta adalah penyewa dan menyatakan yang dia bermasalah dengan tuan rumah untuk mendapatkan stiker & access card. Apakah tindakan yang akan diambil untuk pemilik-pemilik kenderaan seperti ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam semua..

    mana perginya rudin jmb ni...
    org bertanya x pernah nak jawab la.

    ni lagi satu soalan dr saya en rudin dan JMC:

    bilik server HSBB telekom tu braper kita charge sewanya.. x kan FREE...

    paling kurang RM 5000.

    sila beri penjelasan dgn kadar segera

    ReplyDelete
  8. Maaf kerana lama tak on line. Network problem.

    Untuk HSBB installation, sebenarnya telekom menaik taraf land line broadband dari normal speed ke high speed broadband.

    Kemudahan ini adalah untuk penduduk sri-ixora yang melanggan atau bakal pelanggan streymix.

    Setiap bangunan bertingkat adalah menjadi kemestian kepada pemaju untuk menyediakan sekurang-kurangnya 3 bilik utiliti iaitu TNB, Syabas dan Telekom (MDF).

    Saya telah berhubung dgn pihak telekon yang menaik taraf ini ditanggung oleh kerajaan.

    Berhubung dgn penggunaan bilik itu, tiada penyewaan dikenakan kepada telekom.

    Rundingan dgn pihak telekon akan dibuat dlm masa terdekat ini untuk memberi penerangan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  9. salam en rudin,
    siapa kah pihak yg bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran memasuki kawasan sri ixora.
    dan apakah keadaan jln yg dikorek itu akan di tampal dgn sempurna oleh pihak berkenaan.
    kerana sudah byk kes turapan tak sempurna dan jalan berlubang.
    dan tiada tanda utk menunjukkan pihak kontraktor membuat kerja pengorekan (papan Tanda) sekian diharapkan dapat penjelasan yg TELUS. 10q

    ReplyDelete
  10. Kebenaran di keluarkan oleh pihak pengurusan atas arahan saya.

    Kerja-kerja menaik taraf ini adalah merupakan ganguan sementara dan feadahnya dapat di gunakan oleh seluruh penduduk sri ixora (kepada yg melanggan TM).

    ReplyDelete
  11. adakah kebenaran dr jmb?

    faedah dr segi apa?
    adakah kita dpat potongan harga sewaan talian atau macamana?
    kalau betul, berapakan potongannya 50% atau mana2 harga yg sewajarnyya. sebab saya skrg bkn palanggan TM.

    ReplyDelete
  12. Saya minta maaf jika apa yg saya maksudkan tak jelas pada saudara.
    Feadah yg saya masukkan bukan dari segi wang ringgit (bukan mata duitan).
    Buat masa sekarang TM sediakan talian voice (telepon) dan BB max 4Mb sahaja, untuk masa akan dtg TM akan menambah talian BB ke kelajuan tinggi sehingga 10Mb. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih yg mana depa suka...

    Untuk talian tambahan ini termasuk Voice (suara atau kata lain telefon), Video - ada cable TV semua rangkaian TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9 dan banyak lagi cahanel cable tv yg lain (boleh tengok kat TM homepage) dan Internet berkelajuan tinggi dari 5Mb hingga 10Mb ikut pakage.

    Jika pelanggan TM berubah ke pakage ini, hanya bayar satu bill sahaja. Pakage boleh tengok kat TM homepage.

    Jika masih tak jelas NZ akan uruskan pegawai TM utk dtg beri keterangan. NZ akan inform bila TM officer confirm tarikh bila nak dtg.

    ReplyDelete
  13. salam.
    terimakasih atas penjelasan saudara.
    tapi bg pendapat sayalah,
    jika TM boleh dapat ramai pelanggan di sri ixora apalah salahnya jika kena kan sewaan, TM untung kita pun dapat sikit dr keuntungan itu.
    lagipun mengikut sumber TM yg saya ada server ini akan digunakan sebagai main utk pelanggan TM dalam radius 10 KM. dan dengan itu TM akan dapat keuntungan berlipat kali ganda dr apa yg mereka modal kan dlm project ini.
    FIKIR FIKIRKAN LAH.

    UTK penerangan dr wakil TM itu adalah elok pada Hari Gotong ROyong anjuran NZ pd 1hb. Mei nanti.

    seperkara lg mana perginya pekerja pembersihan (cleaner) yg lama.
    keadaan sekarang amat berbeza, hanya saya lihat 2 atau 3 org sahaja itu cara kerja mereka tidak seperti yg terdahulu. Lantai koridor tidak di sapu hanya mengutip cebisan kertas dan plastik kecil.
    Saya minta saudara buat sedikit permerhatian . maklumat ini saya dapat dr suri rumah yg tidak bekerja . mereka berpendapat yg dahulu adalah lebih baik dari yg ada sekarang

    ReplyDelete
  14. pasal kete corrola tu...mmg dah lama sy perasan...tp kete tu kebal..tak sapa berani usik atau buat komplen termasuk guard atau management..tak lama lagi,kete tersebut bakal jadi kete antik dan ini mampu jadi tarikan kepada penghuni2 lain utk menikmati panorama yang sedikit menjengkelkan pandangan.lagi2 penghuni block 44..breath air taking kata omputih...
    pstu psl lot parking satu owner,ada tiga biji kete yg parking bersepah-sepah kat tpt orglain??isu ni pnh dulu saya tanya kat management..dgn tegas dan tanpa simpati, mereka ckp klu ada jadi,bgtahu..nnt nk clamping...masalahnya clamping pun tak tahu la ada ke tak....saya diam lagi...then sy tanya,bg berkereta dua mcm sy ni,klu nk parking 1 lagi cmne??diorang ckp kena beli parking atau sewa kat parking orglain....tp kat tpt sy,ada mamat tu ada tiga biji kete..rilek je parking mana2 dia nak,,tpt sy pun kadang2 dia kebas...bila tnya..kena byr tak kat sapa2 utk parking ni..dia ckp,,tk pnh pun..so,cmne tu?

    ReplyDelete