Friday, June 4, 2010

Nilai semasa rumah Sri Ixora

Baru-baru ini saya mendapat info dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan yang nilai semasa rumah di Sri Ixora meningkat dengan jayanya. Good news untuk owner tapi bad news la untuk orang yang bercadang nak beli rumah. Seorang penduduk menilai semula rumah di tingkat 8 atas tujuan refinance dan nilai semasa adalah RM170,000. Saya percaya ramai yang gembira dengan cerita ni. Tapi sebenarnya ada perkara yang perlu kita ambil perhatian dari kenaikan harga ini terutamanya bagaimana untuk mengekalkannya secara berterusan. Jangan sampai hari ni naik melambung, esok lusa turun menjunam pulak.

Pada saya, persekitaran yang baik memainkan peranan dalam membantu kenaikan harga ini. Jesteru itu, saya menyeru kepada semua pemilik dan penduduk Sri Ixora agar terus mengekalkan dan meningkatkan lagi kualiti persekitaran kita. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah dengan meningkatkan lagi tahap kebersihan tempat kita. Sampah sarap janganlah dibuang merata-rata. Memanglah kita ada cleaner tapi takkan nak harapkan cleaner je. Macam rumah kita juga, takkan nak harapkan isteri je bersihkan rumah. Lepas tu suami dan anak-anak buat sepah semula. Contoh je.. Contoh lain, takkan kerana gagak melepaskan hajatnya atas kereta kita, kita nak tebang semua pokok-pokok tempat gagak bertenggek. Sama-samalah kita ambil langkah berjaga-jaga agar tidak mengundang gagak. Antaranya, buang sampah dapur di rumah sampah, bukan diletakkan di dalam & sekeliling tong-tong sampah kecil.

Kerosakan yang berlaku di common area, laporkan dengan segera kepada pihak pengurusan. NZ Management, sila ambil tindakan dengan SEGERA. Jangan tunggu sehingga JMB masuk campur baru nak bertindak. Saya amat dukacita dengan kegagalan NZ menguruskan masalah longkang sumbat dan pam air baru-baru ni. Saya harap ianya tidak berulang. Setiap aduan harus ada tinjauan dan tindakan. Setiap tindakan pula harus ada tindakan susulan. Kesemuanya pula harus di dokumenkan. Barulah 'work smart' namanya. Kepada penduduk yang telah membuat laporan tetapi tiada tindakbalas dari NZ, bolehlah salurkan masalah kepada mana-mana JMB untuk follow up.

Bagi memastikan penyelengaraan dapat dibuat dengan baik pula, segala perkhidmatan ada nilainya harganya. sebagai contoh, kenaikan harga yang saya katakan tadi pasti tak dapat dikekalkan jika lif tidak berfungsi & kita terpaksa mendaki tangga. Untuk memastikan lif sentiasa berfungsi pula perlulah kita melaksanakan tanggungjawab kita membayar yuran penyelengaraan setiap bulan. Tak gitu?? Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan lain yang tersedia di Sri Ixora ni. Kita juga tak nak Sri Ixora nampak malap pada waktu malam. Oleh itu, mentol & lampu-lampu juga harus diselengara dengan baik.

Kemudahan yang ada juga haruslah kita jaga dengan baik. Buangkan sifat vandalisma. Kemudahan alat permainan di taman adalah untuk kanak- kanak sahaja. Janganlah yang dewasa pun kemaruk nak berbuai lagi. Itu yang buaian rosak.

Kebanjiran pendatang asing juga merupakan satu fenomena yang agak tidak disenangi oleh penduduk Sri Ixora. Terdapat banyak kes sosial yang telah tercetus oleh pendatang asing antaranya pergaduhan, mabuk minum arak, mengacau gadis-gadis muda, pencabulan (meraba di dalam lif) dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Ada diantara pendatang ini yang memegang status pendatang HARAM. Sedikit sebanyak ini menjejaskan ketenteraman dan saya percaya ianya memainkan peranan juga dalam turun naik harga rumah (betulkan saya kalau pendapat saya salah). Oleh itu, saya menyeru pemilik agar memastikan status penyewa sebelum menyewakan rumah. Pastikan status halal haramnya terlebih dahulu dan adalah terlebih baik kalau disewakan kepada warganegara Malaysia kita.

Sekian untuk kali ini. Sama-samalah kita sebarkan berita gembira ni & ambil langkah-langkah agar berita gembira ni tak bertukar menjadi mimpi ngeri pulak.

7 comments:

  1. salam...saya nak tanya...apakah alasan yang membolehkan lori dan bas parking kat depan appartment kita ni...

    kalau kereta saya tak berapa kisah, tapi kenderaan berat ni yang mengganggu pandangan.....tambahan plak, kat celah2 tu ada org tgh bermesra....

    ReplyDelete
  2. Isu ni susah sikit nak handle. JMB tak ada kuasa untuk menghalau atau melarang kenderaan diletakkan diluar pagar kerana jalanraya tu dibawah bidangkuasa MBSA. Lagipun tuanpunya kenderaan tu ada di dalam Sri Ixora. Takkan la pulak kita nak bagi kenderaan besar tu diletakkan di dalam Sri Ixora ni. Lagi la menganggu. Oleh itu, saya mengalu-alukan cadangan anda, nak letakkan kat mana lori & bas tu? Nak report kat MBSA hari-hari, kesian la pulak kawan-kawan & jiran-jiran kita hari-hari kena saman. Setakat yang saya tahu, cam tu la.. Tak taula pulak kalau ada lori yang tumpang parking. Kalau ada tu, sama-sama la kita memerah otak cari penyelesaian..
    Pasal orang yang beromen tu, adalah lebih baik kalau maklumat tu disalurkan pada yang berwajib & berkuasa seperti majlis agama. Kalau nak suruh orang surau, siapa pulak nak jamin keselamatan mereka. Tak pasal-pasal kena belangkung kat luar pagar tu siapa nak jawab. Sapa nak bayar bil hospital. Saya akan salurkan maklumat ni pada warden yang ada kat dalam Sri Ixora ni kalau-kalau ada student dia terlibat. Tengok apa tindakan dia dulu.
    Bukan la JMB nak lepas tangan isu cam ni tapi yang di luar bidang kuasa tu JMB tak boleh nak terlalu masuk campur especially yang di luar pagar.

    ReplyDelete
  3. Salam.. sebuah kereta putih, telah hampir 2 bulan (tak bergerak) parking di lot parking bawah blok 44. harap NZ dapat mengambil tindakan sewajarnya.

    ReplyDelete
  4. kete biru ford di area block 45b..dah pancit dah pun tayarnya...apa cete?semak jela

    ReplyDelete
  5. yg pasal student tu..jgn smp ada cd sri ixora terlampau..famous nnt aprtment kita...haha.....ala takyah jauh2..dalam block kat tangga yg tersorok tu pun diorang ada projek...tu blm masuk indon and the geng

    ReplyDelete