Saturday, February 13, 2010

Perhatian

Kepada semua penghuni P. Sri Ixora, pihak pengurusan dan JMB ingin mengingatkan supaya semua penghuni mangambil langkah yang lebih serius berkaitan dengan ciri-ciri keselamatan di kawakan kediaman kita, terutama ketika memandu atau menunggang kenderaan.

Sebagai contoh, telah terdapat beberapa kemalangan kecil dan ada yang melibatkan kerosakan kenderaan yang agak besar. Setakat ini belum ada kecederaan yang serius berlaku.

Perkara terbaru terjadi pada hari ini Sabtu sebuah kenderaan di pandu secara melulu dan terburu-buru telah hampir mendatangkan kemalangan. Beliau telah memotong dgn terburu-buru tanpa memikirkan akibat terhadap penduduk / pengguna lain.

Untuk makluman semua, sekiranya berlaku kemalangan kenderaan di dalam kawasan persendirian spt kediaman kita, pihak insuran motor tidak melindunginya.

Diharap semua penduduk dapat bersama-sama menjaga keselamatan dan keselesaan bersama.
Sekiranya terdapat penghuni atau pelawat yang memandu / menunggang secara berbahaya pihak pengurusan dan JMB akan menghalang mereka dari memasuki kawasan P. Sri Ixora dan jika penghuni, akses kad akan dihalang.

8 comments:

  1. Apakata kalau dibuatkan bonggol.. untuk reduce kos, boleh dibuat secara gotong royong.

    ReplyDelete
  2. saya sokong cadangan saudara itu.
    Bila kita nak mulakan

    ReplyDelete
  3. bila nak mula tu bergantung pada JMB lah sebab diaorang yang kena beli material.

    ReplyDelete
  4. SAya sokong....buat bonggol. Lagi2 depan surau tu

    ReplyDelete
  5. PEMBAYARAN DUIT MAINTANANCE

    MINTA PIHAK NZ BUKA KAUNTER KUTIPAN PADA HARI AHAD MINGGU PERTAMA.
    INI KERANA KAMI TIDAK SEMPAT UTK BUAT PADA HARI BIASA

    ReplyDelete
  6. Cadangan saudara kami ada berbincang dgn NZ.
    Buat masa ni NZ bersetuju untuk manganjakkan masa operasi hingga ke jam 10 mlm pada beberapa hari minggu pertama atau minggu ke dua.

    Bila dah finalise memo akan dinaikkan.

    ReplyDelete
  7. Tuan pengerusi
    Naik memeo to rasa kuran effective la. laik poster/banner lebih baik. beri peringatan kepada penduduk yang belum bayar lagi duit penyelengaraan.

    ReplyDelete
  8. apsal lampu dalam lift selalu sgt rosak..seminggu dekat dua tiga kali..pelik betul....rasanya,klu dah ganti balb baru,,selalunya akan tahan lebih dari sebulan rasanya.....pelik lagi sekali..wiring out ker?....dahla mcm apa, naik lift dlm keadaan gelap...bahaya utk ppuan2 di luar sana, kena raba,,fuh...rezeki bg tukang raba....skrang blm jadi lagi,,dah jadi nnt, takkan baru nk cari jalan penyelesainnya...pastu nape lampu dlm lift akan padam ala2 stanby setiap kali nk masuk ke dalamnya....susahkan pengguna jer...jimat elektrik agaknya....

    ReplyDelete