Wednesday, June 9, 2010

Perjumpaan penduduk & kedai mamak b47

Terima kasih kepada yang memberi respon pada kisah kedai mamak di blok 47. Rata-rata memang ramai yang tak setuju. Setakat yang saya jumpa, tak de sorang pun yang bersetuju. Oleh itu, satu perjumpaan diantara penduduk dan pemilik kedai @ simamak akan saya aturkan pada hari Sabtu, 12 Jun 2010, waktu selepas isyak, bertempat di dewan.
Saya menjemput dan mengalu-alukan semua penduduk terutamanya pemilik untuk hadir ke majlis perjumpaan itu agar dapat kita clarify apa yang tak clear selama ini. Juga, agar kita dapat bertanya sendiri kepada simamak siapa yang dia katakan bersetuju dengan idea kedai makan dia tu. Kehadiran anda semua amatlah diharap-harapkan. Janganlah kita membantah dibelakang sahaja, tapi tunjukkanlah semangat setiakawan anda yang tidak berbelah bagi dan berilah sokongan yang jitu pada penduduk blok 47 terutamanya rumah-rumah yang berjiran dengan kedai mamak ni. Kesian dia orang ni.
NZ, sila naikkan notis untuk inform pada semua penduduk & juga beritahu semua penduduk yang datang berurusan di pejabat pentadbiran agar hadir secara lisan. Pastikan notis anda dapat difahami oleh semua dan pastikan juga mamak akan hadir pada perjumpaan tu. Kalau mamak tak datang, saya risau kedai mamak kena serang malam tu.
Semua ketua blok dan JMB member diminta hadir. No excuse. Kalau ada yang nak bawak sepanduk, pun boleh.. pun boleh...
Sekian, kita jumpa di dewan sabtu ini.

Friday, June 4, 2010

Kedai makan Mamak

Berita mengenai kedai makan ala mamak yang akan dibuka di blok 47 telah tersebar luas. Saya pasti ramai telah maklum mengenainya. Berita ini mendapat maklumbalas dan reaksi yang berbeza dari setiap warga Sri Ixora. Setiap orang ada pendapatnya tersendiri. Tidak ada yang betul dan salah dari setiap pendapat yang saya terima kerana setiap satunya ada rasionalnya.

Saya cuba bersikap rasional dan adil dalam hal ini. Memang ada 'pro and con' dalam isu ini. Pronya, mudahlah kita nak dapatkan makanan bila perut mula berkeroncong tapi malas pula nak kedapur. Secara tak langsung kemudahan ini amat memberi makna kepada si bujang dan anak dara juga mereka yang bekerja. Tak terkecuali pelajar-pelajar yang ramai menghuni Sri Ixora ni.

Namun, pendapat yang membantah juga tak harus dipandang sebelah mata. Lihat saja sebuah flet di Subang Jaya, berdekatan dengan Kompleks 3K dan A&W. Sebuah kedai makan di tingkat bawah sebuah rumah yang mencacatkan pandangan. Mahukah kita jadi seperti itu? Saya rasa, idea kedai makan dipilih kerana kawasan kaki lima dan bersebelahan dengan lif ada banyak ruang kosong untuk diletakkan kerusi & meja makan. Cuba kita fikirkan sejenak. Mampukah keluasan dalaman kedai makan yang sekangkang kera itu memuatkan kerusi meja untuk penghuni Sri Ixora yang ramai ni. Lambat laun pasti ada kerusi meja diletakkan di luar premis kedai. Adakah ini adil untuk penghuni yang lain?
Oleh itu pihak JMB bercadang akan mengadakan perjumpaan diantara penduduk terutama Blok 47 yang tinggal bersebelahan/berhampiran dgn pemilik kedai mamak. Diharap dalam sesi perjumpaan ini semua pihak dapat meluahkan isi hati masing-masing dgn menberikan cadangan kepada si mamak tu apakah jenis perniagaan yg sesuai. Cadangan dan bantuan dari semua penduduk amat dialukan untuk membantu penghuni yg menghuni bersebelahan kedai mamak ini. Sila berikan/cadangkan masa dan tarikh yg sesuai utk perjumpaan ini. Jangan ada yg memberikan seribu alasan utk tidak hadir dlm sesi perbincangan ini dan kemudian cakap belakang. Jika setuasi ini berlaku, si mamak lah yg menang, sebab kedai dia suka dia nak buat apa. Apa yg kita cari adalah menang-menang setuasi.
Cuba anda bayangkan kedai mamak ini beroperasi seperti di Subang spt yg saya perkatakan diatas tadi, adakan anda sanggup tinggal berjiran dgnnya. Si mamak juga patut menimbangkan sensitivity penduduk/jiran mereka, ini adalah kerana setiap agama menitik beratkan untuk menjaga hati dan kepentingan jiran. Kenapa saya kata begini adalah kerana pihak NZ telah mengarahkan memberhentikan operasi pengubahsuaian sehingga perbincangan dgn penduduk dan jiran dijalankan tapi anda lihatlah sendiri, mereka tidak mengindahkan arahan ini dan tidak menjaga isu-isu sensitive jiran dan penduduk lain.
Takkan kita nak tinggal di kawasan yang sentiasa bising setelah seharian kita berkerja di luar. nak tutup pintu? Macam tinggal dlm gua la pulak. Nak jual rumah? Takkan nak jual setelah bertungkuslumus untuk mendapatkan harta yg mahal. Ini tak adil utk mereka.
Cuba kita lihat kedai runcit di blok 45. Penduduk tak kisah untuk berniaga kedai runcit sebab pelanggan datang dan pergi, tetapi bagaimana tahap kebersihannnya? Sampah sarap kerap dilonggokkan di belakang kedai kemudian dgn sewenang-wenangnya suruk cleaner bersihkan. Jiran-jiran dah mula merungut pasal masalah ini. Adakan dia bayar mantainance lebih? Tidak, sama seperti kita juga. Yg ini saya berharap NZ Managenent memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan terhadap barang perniagaan yg diletakkan di luar permis. Sebagai asas hanya rak kasut dan penyidai kain sahaja yg dibenarkan. Sekiranya berkeras untuk meletakkan di luar, sewa dikenakan untuk setiap kaki persegi yg digunakan kerana di luar permis adalah harta bersama, bukan individu.
Berbalik ke kedai mamak, bagaimana dgn sampah-sarap? Saya percaya sampah dari kedai makan lebih banyak dgn bau yg tidak menyenangkan ditambah lagi dgn bau kari dan sebagainya. Apa perasaan jiran-jiran. Takkan nak tutup hidung sepanjang masa...
Saya berharap perjumpaan ini dapat dijalankan demi kepentingan semua pihak. dan sila berikan maklum balas anda serta berikan tarikh dan masa yg sesuai untuk perjumpaan ini.

Nilai semasa rumah Sri Ixora

Baru-baru ini saya mendapat info dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan yang nilai semasa rumah di Sri Ixora meningkat dengan jayanya. Good news untuk owner tapi bad news la untuk orang yang bercadang nak beli rumah. Seorang penduduk menilai semula rumah di tingkat 8 atas tujuan refinance dan nilai semasa adalah RM170,000. Saya percaya ramai yang gembira dengan cerita ni. Tapi sebenarnya ada perkara yang perlu kita ambil perhatian dari kenaikan harga ini terutamanya bagaimana untuk mengekalkannya secara berterusan. Jangan sampai hari ni naik melambung, esok lusa turun menjunam pulak.

Pada saya, persekitaran yang baik memainkan peranan dalam membantu kenaikan harga ini. Jesteru itu, saya menyeru kepada semua pemilik dan penduduk Sri Ixora agar terus mengekalkan dan meningkatkan lagi kualiti persekitaran kita. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah dengan meningkatkan lagi tahap kebersihan tempat kita. Sampah sarap janganlah dibuang merata-rata. Memanglah kita ada cleaner tapi takkan nak harapkan cleaner je. Macam rumah kita juga, takkan nak harapkan isteri je bersihkan rumah. Lepas tu suami dan anak-anak buat sepah semula. Contoh je.. Contoh lain, takkan kerana gagak melepaskan hajatnya atas kereta kita, kita nak tebang semua pokok-pokok tempat gagak bertenggek. Sama-samalah kita ambil langkah berjaga-jaga agar tidak mengundang gagak. Antaranya, buang sampah dapur di rumah sampah, bukan diletakkan di dalam & sekeliling tong-tong sampah kecil.

Kerosakan yang berlaku di common area, laporkan dengan segera kepada pihak pengurusan. NZ Management, sila ambil tindakan dengan SEGERA. Jangan tunggu sehingga JMB masuk campur baru nak bertindak. Saya amat dukacita dengan kegagalan NZ menguruskan masalah longkang sumbat dan pam air baru-baru ni. Saya harap ianya tidak berulang. Setiap aduan harus ada tinjauan dan tindakan. Setiap tindakan pula harus ada tindakan susulan. Kesemuanya pula harus di dokumenkan. Barulah 'work smart' namanya. Kepada penduduk yang telah membuat laporan tetapi tiada tindakbalas dari NZ, bolehlah salurkan masalah kepada mana-mana JMB untuk follow up.

Bagi memastikan penyelengaraan dapat dibuat dengan baik pula, segala perkhidmatan ada nilainya harganya. sebagai contoh, kenaikan harga yang saya katakan tadi pasti tak dapat dikekalkan jika lif tidak berfungsi & kita terpaksa mendaki tangga. Untuk memastikan lif sentiasa berfungsi pula perlulah kita melaksanakan tanggungjawab kita membayar yuran penyelengaraan setiap bulan. Tak gitu?? Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan lain yang tersedia di Sri Ixora ni. Kita juga tak nak Sri Ixora nampak malap pada waktu malam. Oleh itu, mentol & lampu-lampu juga harus diselengara dengan baik.

Kemudahan yang ada juga haruslah kita jaga dengan baik. Buangkan sifat vandalisma. Kemudahan alat permainan di taman adalah untuk kanak- kanak sahaja. Janganlah yang dewasa pun kemaruk nak berbuai lagi. Itu yang buaian rosak.

Kebanjiran pendatang asing juga merupakan satu fenomena yang agak tidak disenangi oleh penduduk Sri Ixora. Terdapat banyak kes sosial yang telah tercetus oleh pendatang asing antaranya pergaduhan, mabuk minum arak, mengacau gadis-gadis muda, pencabulan (meraba di dalam lif) dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Ada diantara pendatang ini yang memegang status pendatang HARAM. Sedikit sebanyak ini menjejaskan ketenteraman dan saya percaya ianya memainkan peranan juga dalam turun naik harga rumah (betulkan saya kalau pendapat saya salah). Oleh itu, saya menyeru pemilik agar memastikan status penyewa sebelum menyewakan rumah. Pastikan status halal haramnya terlebih dahulu dan adalah terlebih baik kalau disewakan kepada warganegara Malaysia kita.

Sekian untuk kali ini. Sama-samalah kita sebarkan berita gembira ni & ambil langkah-langkah agar berita gembira ni tak bertukar menjadi mimpi ngeri pulak.