Pangsapuri Sri Ixora terletak di Seksyen 27 Shah Alam berhampiran USJ dan Taman Alam Megah Sek 28, mempunyai 600 unit kediaman dan 2 unit kedai. Terletak berhampiran dengan kemudahan asas seperti sekolah, pusat membeli belah serta akses ke highway
Monday, March 8, 2010
Pengurusan baru di Sri Ixora
Bermula pada 8 Mar 2010, Pejabat pengurusan Sri Ixora akan di urusankan oleh pengurusan baru iaitu NZ Management & Services.
Kepada semua penduduk sila berikan kerjasama kepada Pengurusan baru supaya perjalanan pengurusan Pangsapuri Sri Ixora dapat di uruskan dengan teratur dan baik.
Sekitar majlis penyerahan tugas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap-harap pengurusan baru ni dapat jalankan tugas dengan lebih efektif & profesional.
ReplyDeletesaya dapati telefon di pondok pengawal tidak berfungsi, sukar utk berhubung dgn pengawal jika ada masalah pencerobohan oleh jurujual atau pihak yg tidak bertanggung jawab
ReplyDeleteTerdapat masalah teknikal di pondok pengawal. Pihak pengurusan sedang berusaha memperbaikinya.
ReplyDeleteSegala kesulitan amat dikesali.
Salam..
ReplyDeleteSaya nak bertanya, apakan tindakan yang akan diambil oleh mamagement baru bagi persoalan ini.
Terdapat sebuah kerata (Toyota Corolla, warna kelabu) di bawah blok saya (44) yang saya pasti tidak mempunyai access card. Kereta ini telah lebih setahun parking di tempat yang sama (lansung tidak bergerak). Harap management baru boleh mengambil tindakan. Parking tu bukannya di beli oleh tuan punya kereta itu.
Terima kasih.
kalau boleh tolong masukan carta organisasi pengurusan baru tersebut beserta contact no sekali.
ReplyDeletedan bagaimana tahap keselamatan hartabenda,sejak kebelakangan ini banyak kes pecah rumah di waktu siang.
apakah tindakan pihak tuan?
Utk kereta yg tak bergerak tu saya akan minta pengurusan ambil tindakan.
ReplyDeleteCarta organisasi akan di umumkan dalam masa yang terdekat ni.
JMB bersama beberapa org penduduk langkah keselamatan di tempat kita, antaranya memasang dawai berduri di belakang bertentangan flet proton, laluan budak sekolah, memperkenalkan stiker motor dan yg terbaru pasang pagar utk pejalan kaki supaya lalu sebelah guar. Sabtu ni kami akan ubah sikit tembok pasu bunga tu.
Kita juga ada bekerja sama dgn polis Alam Megah.
Saya rasa cara yg paling baik ialah semua penduduk sepakat untuk memastikan keharmonian dgn semangat kejiranan yg tinggi, dgn itu kita boleh tau jika penjenayah tu tinggal di dalam kawasan kita atau tidak. Sekurang-kurangnya setiap tingkat kenal semua jiran yg sama tingkat dgnnya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum & Salam Sejahtera,
ReplyDeleteTahniah buat pengurusan baru sri ixora dan terima kasih banyak2 atas pelbagai usaha yg telah dilakukan...
diharap segala maklumat terbaru boleh di update di dalam blog ni...
tentang semangat kejiranan, mmg sgt perlu di tingkatkan untuk memelihara keselamatan & keharmonian sri ixora.
InsyaAllah, saya akan cuba libatkan diri dengan program2 yg akan di anjurkan oleh JMB dan boleh kenal lebih ramai lagi jiran untuk kepentingan bersama...
(Joey 47B-5-2) jhpeace83@gmail.com
Salam.
ReplyDeleteDicadangkan supaya JMB dapat buka kaunter pembayaran penyelangaraan pada setiap Ahad minggu 4 (lopas gaji). Hari biasa selalu balik kerja lambat la.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBAGUS CADANGAN EN MANGKOK KITA NI,
ReplyDeleteTAK SANGKA OTAK PENUH IDEA NI.
AWAKKAH MR IDEA YG EN ROSELI BILAL KATAKAN TU?
Salam.Kepada JMB.
ReplyDelete1.Apakata diadakan team/ orang perseorangan untuk memungut kutupan wang penyelanggaraan dari rumah ke rumah. Setiap unit yang di kutip di berikan upah RM3.00 dari jumlah bulan wang tersebut. ie. Bulan RM93.00- upah RM3.00.
2. Potongan Diskaun sebanyak RM3.00 sebulan/ pemberian hadiah (Budget hadiah RM18.00) kepada penduduk yang membuat bayaran penuh selama 6 bulan. Contoh RM93x6 bulan- Rebet RM18.00: RM540. Kutipan 5 bulan awal boleh lah simpad dlm ac JMB buat simpanan FD. dapat 3% sebulan.
Kepada teukualan.
ReplyDeleteBersatu teguh bercerai khawin lagi hahaha....
Sama-samalah kita membantu JMB kita untuk kesejehteraan kita bersama...
En Roseli Bilal!!!!!
Salam.
ReplyDeleteTerima kasih kepada cadangan anda semua. Pihak JMB akan mengusulkan dlm masyuarat bulanan tentand perkara ini.
Segala keputusan kami akan maklumkan pada semua penduduk melelui notis dan dlm blog.
Terima kasih atas sokongan anda.
kepada tuan pengerusi JMB -En Rudin.
ReplyDeleteApakata JMB menjemput penduduk yang berminat untuk sama menghadirkan diri ke mesyuarat bulanan JMB. Boleh lah kita sama-sama memberi buah pikiran dan cadangan bagi kesejahteraan Sri Ixora. Jemputan boleh juga di buat dilaman blog nie.
Setiap pembeli berdaftar adalah ahli JMB. Kami di sini telah dilantik untuk menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa JMB. Kepada penduduk berdaftar, anda di alukan utk memberi pandangan atau memerhati masyuarat bulanan JMB.
ReplyDeletesalam semua,
ReplyDeletesaya dapati kunci dewan dan court tenis/futsal tidak dikawal cara pengambilannya.
Disini saya mencadangkan cara yg lebih baik.
Pertama:
Pengguna perlu menulis nama,no mykad,no unit dan tempoh masa pengguaannya. cth:
nama: en mangkok
no my kad: 781231-14-5423
no unit: 43C-09-09
tempoh: 9.00am-5.00pm
Kedua;
kunci dewan dan court hanya akan di buka oleh pengawal yg bertugas.
dan lain2 yg difikirkan baik
LAIN LAIN HAL
kenapa didalam setiap masa ada 3 pengawal di pondok pengawal, sepatutnya dua sahaja manakala yg seorang sedang meronda.
dan saya lihat cara rondaan tidak begitu berkesan kerana hanya sekadar pusing blok sahaja dan tidak meliputi setiap atau selang setingkat
Kepada En Teukualan.
ReplyDelete1.Leh kasi contoh org lain tak...any way...saya setuju tapi...sapa yang nak monitor buku tuh!!
2.Pasal pengawal tu.. ada betul nya..2 orang patut pegi ronda. 1 jaga post pengawal. Penduduk pun patut sama-sama membantu pasal 3 orang memang tak cukup utu cover seluruh kawasan. Maybe adakan kempen "neighbourhood watch ka setiap jumaat & sabtu malam....
Kepada tuan Pengerusi.
ReplyDeleteTerima kasih di atas jawapan anda. kalau boleh..diberi tahu tarikh dan masa bila mesyuarat bulanan jmb akan di adakan 1 minggu awal supaya pemilik-pemilik dapat memikikirkan cadangan atau idea yang lebih bernas untuk kesejehteraan kita bersama.
itu cth ajer en mangkok, tapi kalau saya boleh tukar kan dengan pinggan kot hheheh
ReplyDeleteutk buku tu memeng dah ader di pondok pengawal tu cuma cara nya jer yg perlu mdi perbaiki.
tentang rondaan tu idea yg bagus.
lebih2 lagi jika sudah tertubuh jawtan kuasa blok seperti blok 46 dan 48.
blok 45 bt perjumpaan pd 17/04/2010 dan blok 50 pd 18/04/2010, en mangkok dr blok mana?
kalau dr blok 44 atau 47 tu, bila nk buat perjumpaan .??
sebenarnya blok 44 dah lama ada jawatan kuasa sendiri,.. cuma agak kurang aktif..
ReplyDeletesalam dijemput penduduk sri ixora utk hadir ke dewan pada 17/04/2010 sabtu pukul 12.00 tghari ada sessi penerangan dr Pihak Telekom Malaysia mengenai pemasangan server HSBB di blok 48 sebagai main server dan lain2 blok sebagai sub server
ReplyDeletepada saya bukan pasal memo atau banner yang tak efektif, semuanya berbalik pada sikap individu itu sendiri. Naiklah seberapa banyak banner pun tapi kalau takde kesedaran utk bayar maintainance.. tak jadi jugak.
ReplyDeleteKanapa JMB tak naikkan senarai Mereka2 yg tak bayar maintenance di notis board seperti yg telah dipersetujui pada meeting ituhari. Sekurang2 nya ada perasaan malu pada jiran2 yang membayar.
Saya nak ucapkan terima kasih pada JMB & management kerana kereta yg dah lebih setahun parking tu dah pun di keluarkan.
Keep up the good work.
Salam...
ReplyDeleteBoleh ke para ahli JMB tu disertakan foto mereka sekali dan no. blok ....boleh le kenal kalau tersempak kat mana2...
Tima kasih.
50B-2-6
Salam.
ReplyDeleteInsyaallah akan diusahakan. Kena ambil gambar sumua ahli dulu. Mungkin boleh minta tolong En. AMS&SUE ambilkan...
w'salam..
ReplyDeleteNak ambil gambar boleh jer.. nanti masa meeting inform lerr... leh saya ambil sorang-sorang.
Salam,
ReplyDeletePEMASANGAN DAWAI KAWAT DI HADAPAN BASE SEKURITI.
Saya mendapat maklum balas dari Penghuni Blok 44 (Mr Gopal) yang amat tidak bersetuju dengan pemasangan dawai tersebut, kerana boleh menyebabkan kecederaan. Saya faham pemasangan dawai tersebut adalah bertujuan untuk tidak membenarkan menunggu dan berkumpul di situ agar tidak menganggu lalu lintas.
Harap dapat difikirkan cara lain, kerana memang agak bahaya dengan adanya dawai kawat di situ.
Terima kasih.
Kepada AMS&:sue.
ReplyDelete1.Betul tu..kalau kena budak..sangat bisa.Kawat duri tu depan post pengawal kan... tak leh suruh pengawal tu kasi tegur ka..supaya org tak duduk kat situ...
2.berkaitan tentang benner tuh..maksud saya ..dinyatakan sekali tindakan yg akan di ambil oleh JMB kepada mereka yg tidak membayar duit penyelenggaraan. Tak kan nak tggu mereka nie sampai ada kesedaran. MCM ne sampai tua pon tak sedar2. JMB mesti ambil tindakan..jangan sampai dah takda duit baru nak bertindak..
Tulah yang saya maksudkan.. kena ambil tindakan. Macam sekarang ni takde apa-apa tindakan so pada mereka2 yang tak bayar tak kisah.
ReplyDeleteKalau ditampalkan senarai mereka yg tak bayar tu, sekurang2 nya mereka akan malu pada jiran2 yg membayar & jiran2 boleh menegur.
Lagi satu bila nak diimplementkan, block access card untuk yang mempunyai bill maintanence tertunggak.
Blok50 berjaya mengadakan AJK bloknye sendiri...
ReplyDeleteTahniah diucapkan kepada semua...terutama yang hadir pada hari Ahad lepas...
Presidennya adalah Ustaz.Hamdan/...semoga penduduk Blok 50 beri sepenuh kerjasama dlm menjayakan apa jua aktiviti...
Sekian terimakasih....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetahniah utk blok 50 yg tlh mempunyai ajk nya sendiri,
sekurang2nya dpat membantu JMC dalam menguruskan sri ixora apartment.
dengar citer dah ada perancangan nak buat tournament dgn blok 48? dgn blok lain x der ker?
BILL MAINTENANCE & CUKAI TANAH
ReplyDeleteSalam..
Saya telah membaca memo mengenai penbayaran cukai tanah sebelum 15 Mei 2010. Tapi sampa sekarang masih belum terima bill cukai tanah. Bill maintenance pun belum dapat lagi. Camner nak bayar??
Harap dapat beri penjelasan.
Kepada NZ management,
ReplyDeleteSila keluarkan invoice kepada semua pemilik untuk pembayaran bil cukai tanah.
Jika hanya ditampal pada notis board, pemilik yg menyewakan kediaman mereka tidak akan perasan atau melihatnya.
Sila issue invoice a.s.a.p.
salam,
ReplyDeletekpd setiap ketua tolong pastikan penghuni blok anda meletakkan kereta di petak sendiri.
Jgn jd satu isu pula nanti. saya dapati ada segelintir penghuni tegar yg tidak mahu meletakkan kereta di petak sendiri , dgn alasan jauh dr rumah...orang lain pun jauh juga.
kALAU NAK dekat dgn rumah beli lah rumah teres .
w'salam..
ReplyDeleteTakkan ketua blok nak jadi jaga parking pulak..
yang parking tempat orang atau menghalang laluan tu ingat-ingat ler sikit.
salam en malik,
ReplyDeletekalau dah jenis org yg faham bahasa tu payah la ,
sekurang2nya ketua blok boleh beri nasihat,
sebab ketua blok la org yg paling hampir dgn mereka
salam,
ReplyDeletesaya ada kawan yg tinggal di blok 48,
dia beritahu saya bahawa blok dia ada masalah bekalan air,dia dan beberapa penghuni lain telah telah membuat aduan ke pihak pengurusan, tapi tiada sebarang tindakan,
kalau begini la caranya mereka kata apa gunanya bayar bil maintenance jika servis tak ada.
bila ditanya, alasan yg sama diberikan iaitu sedang di usahakan.
sampai bila tak tahu la lagi.
begitu lah luahan perasaan kawan saya tu dgn panjang lebar.
JANGAN TUNGGU LAMA2, NANTI LAMA2 ORNG PUN MARAH
Kenapa tak buat aduan dengan SYABAS.
ReplyDeleteBil maintenance tu bukan untuk urusan air sahaja.. tetapi merangkumi kebersihan, cahaya lampu,lif dan lain-lain selain dari dalam rumah. Kalau pasal masalah air tak nak bayar bil, lain-lain kemudahan tu tak pakai ker?
MASALAHNYA PUMP YG JADI PUNCA SEGALANYA TUAN,
ReplyDeleteBLOK KIA RENDAH BLOK DIORANG 12 TINGKAT PRESURE AIR TAK CUKUP KUAT. INI TAK ADA KENA MENGENA DGN SYABAS PUN.
jangan gadoh...lita bermusyarakah...
ReplyDeletepada pendapat saya..pihak syabas hanya menyediakan bekalan air aje...pasal tanki atau preassure tak kuat adalah di atas tanggungjawab NZ sebayai penyelia bangunan..oleh yang demikaian..diharap pihak NZ dapat memeriksa apa punca masalahnya dan ambil tindakan sewajarnya.
wassalam.
terima kasih en mangkok kerana memahami masalah kawan saya tu...
ReplyDeleteSALAM.
ReplyDeleteSELAMAT PENGANTIN BARU UTK SAUDARA SYED AHMAD FADZIL BIN SYED AKIL dan pasangan. Beliau adalah salah seorang peneraju JMC Sri Ixora ,dr saya dan keluarga Sri Ixora.
Beliau akan diakad nikah pada 24/04/2010 bersamaan hari Sabtu di Dewan Solat Surau Al Rayyan Sri Ixora pada pukul 11.00 pagi.
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.
AMINN
salam,
ReplyDeleteterima kasih di ucapkan pd pegawal trafic majlis kenduri fadzil yg hampir semua memakai baju hijau yg begitu tinggi komitmen nya sehingga tiada kesesakan dilaporkan...cuma ader tetamu yg berpeluh2 kerana berjalan jauh uk ke dewan makan,,,,ehheh sabor jer ler.
TAHNIAH SEKALI LAGI UTK PASANGAN FADZIL & HANNA.
TAHNIAH JUGA UTK EN ROSELI /ABG ROSELI KERANA DAPAT CUCU YG BARU
DAN TAK LUPA JUA UCAPAN TAKZIAH KEPADA ABG ROSELI & menantunya EN FAUZI X JMB serta keluarga diatas kepulangan Bonda/Ninda tercinta ke Rahmatullah pagi tadi. AL-FATIHAH
Nak tanya sikit.
ReplyDeleteAJK JMB ini adakah telah memilih pengurus yang telah berdaftar dengan LPPEH ke?.
Jikalau ya, terima kasih. Kerana kami tidak mahu bayar kos JMB kena saman dengan LPPEH. Harap tuan tuan seua tanggung kos itu jikalau tidak.
Ulasan ini diteruskan dipanjangkan kepada LPPEH untuk semakan bagi memudahkan tuan tuan semua nya.
Terima kasih.
C/C LPPEH.
salam semua
ReplyDeleteKepada pengikut blog ini, jika anda berminat untuk menjadi salah seorang pengarang, sila berikan alamat e-mail anda pasa saya.
Saya akan menjemput anda sebagai pengarang.
salam en rudin,
ReplyDeletenak tanya c kit apa perkembangannya kerja mengecat no kereta d parking lot. nampak macam tiada xtvt yg dilakukan. cuma 2 minggu lepas nmpak mat bangla tu bt, tapi utk satu petak memakan masa yg lama... bila nak siap. kalau macam ini sampai bila nak siap.
Salam
ReplyDeleteSaya akan check dgn NZ apa status sekarang. Saya minta maaf kerana kurang follow up NZ kerana sebuk dgn kerja skg.
Sekiranya saudara-saudara ada cadangan utk menambah baik pengurusan kita sila berikan cadangan anda.
To NZ pls follow up dgn bangla yg cat no kereta kenapa tak siap lagi...
kepada NZ Mgmt & JMB
ReplyDeleteSalam.
Terimakasih di atas tindakan oleh pihak tuan di atas membaiki kebocoran tanki di surau Al-Rayyan.
wasalam
AJK Surau Al-Rayyan
salam,
ReplyDeletekepada pembeli rumah yg ingin buat pertukaran lot parking suka sama suka sila buat pendaftaran dengan pihak pengurusan.
kerana ada sebilangan kecil dr kita parkingnya agak jauh dari rumah.
Ada pemilik mengadu pada saya yg parking beliau ada dkt blok 47 berhampiran taman dan beliau tinggal di blok 48. apabila hujan agak ada sedikit masalah utk melalui taman yg becak. bila mencadangkan agar di buat laluan konkrit seperti yg sedia ada, dari surau ke blok 49 & 50
salam,
ReplyDeletekebelakangan semakin banyak kereta yg tiada sticker bebas keluar masuk, terdapat juga yg meletakkan kereta mereka d tempat yg telah tertera no kereta pemilik rumah.
Ada juga pelawat yg mendaftarkan maklumat yg tidak lengkap sepeerti no hp, no ic, no unit rumah yg dikunjungi dan jangkamasa berada di sri ixora area.